ANDY MURRAY berikrar untuk menyumbangkan wang kemenangan yang dimenanginya sepanjang baki musim 2022 kepada kanak-kanak yang terkesan dengan pencerobohan Rusia di Ukraine.
Konflik itu telah mengakibatkan lebih dua juta individu meninggalkan negara itu sepanjang dua minggu lalu berdasarkan statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Badan induk tenis dunia, ATP dan WTA, termasuk Persatuan Tenis Antarabangsa (ITF) dan keempat-empat penganjur kejohanan grand slam, mengumumkan semalam bahawa mereka akan mendermakan dengan jumlah keseluruhan AS$700,000 (RM2.9 juta) bagi membantu usaha kemanusiaan di Ukraine.
Pemenang tiga gelaran utama, Murray, juga memainkan peranannya dengan bekerjasama rapat dengan UNICEF -- badan dunia yang menguruskan bantuan buat kanak-kanak dalam perlindungan -- untuk menyediakan bekalan perubatan dan kit tumbesaran kanak-kanak.
"Lebih 7.5 juta kanak-kanak berada dalam risiko daripada konflik yang kian memuncak di Ukraine," tulis Murray dalam satu ciapan Twitter.
"Amat penting untuk pendidikan diteruskan, jadi UNCEF sedang bekerja keras untuk menyediakan akses kepada pembelajaran buat kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal, termasuk membantu daripada segi memulihkan sekolah-sekolah yang rosak dan penggantian peralatan dan perabot.
"Saya akan mendermakan pendapatan saya daripada wang kemenangan bagi baki musim sehingga penghujung tahun ini tetapi sesiapa sahaja di UK boleh menyokong usaha kemanusiaan UNICEF dengan menderma kepada pihak kami," katanya.
Astro Arena
Wed Mar 09 2022

"Lebih 7.5 juta kanak-kanak berada dalam risiko daripada konflik yang kian memuncak di Ukraine," tulis Murray dalam satu ciapan Twitter.- Gambar fail/AP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Murray akan sumbang wang kemenangan 2022 kepada kanak-kanak Ukraine
Murray, juga memainkan peranannya dengan bekerjasama rapat dengan UNICEF untuk menyediakan bekalan perubatan dan kit perkembangan.