SEPANG: Penyerang muda Muhammad Haqimi Azim Rosli sedia menggalas tugas ekoran ketiadaan beberapa penggempur utama skuad Harimau Malaya akibat kecederaan apabila berdepan Kyrgyzstan dalam aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Khamis ini.
Penyerang Kuala Lumpur (KL) City FC itu berkata ketiadaan Darren Lok, Muhammad Syafiq Ahmad dan Romel Morales membuka peluang buat dirinya serta penyerang lain yang dipanggil pengendali skuad Kim Pan Gon untuk mempamerkan sentuhan pemusnah pada baki saingan berkenaan.
"Kita ada ramai pemain yang boleh bermain untuk jersi nombor sembilan (penyerang utama) termasuk Paulo Josue. Namun kalau diberikan peluang saya pasti akan buat yang terbaik.
"Saya juga mahu buktikan 100 peratus di atas padang bahawa saya boleh bermain untuk jersi itu," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini.
Pemain berusia 21 tahun itu mahu terus membalas kepercayaan diberikan selepas aksi cukup positif bersama Pan Gon buat pertama kali dalam saingan Piala AFF 2022 apabila beliau meledak gol sulung sewaktu menentang Laos selain mencipta bantuan jaringan.
Selepas menentang Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek, Malaysia yang berada di posisi ketiga Kumpulan D dengan enam mata akan bertemu Taiwan pada aksi terakhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun.
Kyrgyzstan kini menerajui saingan Kumpulan D diikuti Oman di tempat kedua, dengan masing-masing mengumpul sembilan mata.
Kedua-dua pasukan itu akan bertemu dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 11 Jun sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Pasukan negara memerlukan tiga mata dalam kedua-dua perlawanan terakhir sambil mengharapkan Oman menumpaskan Kyrgyzstan untuk mencerahkan peluang mencipta sejarah layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, serta melayakkan diri lebih awal ke Piala Asia 2027.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024

HAQIMI: Saya mahu buktikan 100 peratus di atas padang bahawa saya boleh bermain untuk jersi itu. - Foto Instagram/@qimirosli

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Muhammad Haqimi sedia galas tugas penggempur utama
Pemain berusia 21 tahun itu mahu terus membalas kepercayaan diberikan selepas aksi cukup positif bersama Pan Gon.

Muhammad Haqimi terkejut, Aguero cukup 'Malaysia' untuk sarung jersi kebangsaan
Beliau terkejut menjadi antara 29 pemain disenaraikan untuk menyertai kem latihan pusat pasukan negara menghadapi dua aksi antarabangsa.