PETALING JAYA: Penyerang muda Kuala Lumpur (KL) City FC Muhammad Haqimi Azim Rosli tidak merasakan pemilihannya dalam skuad kebangsaan menjelang saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 disebabkan faktor nasib.
Sebaliknya pemain berusia 19 tahun itu berkata beliau telah memberikan persembahan terbaik sejak diberi kepercayaan jurulatih KL City Bojan Hodak untuk beraksi bersama pasukan pada penghujung saingan Liga Super musim ini.
Katanya beliau terkejut apabila menjadi antara 29 pemain disenaraikan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon untuk menyertai kem latihan pusat pasukan negara menghadapi dua aksi antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives bulan ini, seterusnya kempen Piala AFF dari 20 Dis sehingga 16 Jan depan.
"Nasib atau layak (dipanggil) itu saya tak pasti sebab dalam pasukan KL City saya hanya buat sehabis baik apabila diturunkan Jurulatih Bojan. Saya pun terkejut disenaraikan tapi saya rasa bangga, begitu juga keluarga dan rakan-rakan saya.
"Azam saya jika terpilih ialah untuk beri 100 peratus komitmen bersama pasukan dan buktikan pada jurulatih saya boleh galas tanggungjawab di posisi yang saya main," katanya ketika ditemui pada kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya di sini, semalam.
Hanya 23 pemain akan dibawa ke saingan Piala AFF 2022 selepas Pan Gon menilai prestasi pemain pada dua aksi antarabangsa Tier 1 masing-masing menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Dis dan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras 14 Dis ini.
Pada masa sama, Muhammad Haqimi berkata menyarung jersi pasukan negara ialah impiannya sejak berusia empat tahun selepas sering menonton perlawanan bersama ayahnya di Stadium Shah Alam.
"Niat (jadi pemain negara) sejak umur empat tahun apabila ayah selalu bawa saya ke Stadium Shah Alam dan pada umur 19 tahun saya dapat banyak peluang yang saya telah gunakan sebaik mungkin, saya gembira kerana tahun ini saya dipanggil ke skuad kebangsaan buat pertama kali," katanya.
Sementara itu, penyerang Sri Pahang FC yang juga pemain naturalisasi, Sergio Aguero mengakui bahawa beliau memang sudah cukup sebati sebagai seorang rakyat Malaysia untuk mewakili negara ini dan sedia memberikan yang terbaik jika terpilih dalam senarai akhir Piala AFF.
"Saya di sini selama enam tahun, saya dapat banyak tawaran dari luar dan saya sentiasa memilih untuk berada di sini kerana saya cintakan negara ini dan saya sayang semuanya di sini.
"Saya hanya meminta peminat supaya yakin dan menyokong pemain baharu yang datang, sebagai seorang pemain saya akan berikan komitment 100 peratus kepada jurulatih, peminat dan negara," kata penyerang berusia 28 tahun.
Selain Aguero yang merupakan pemain kelahiran Argentina, rakan sepasukannya di Sri Pahang, Lee Tuck turut menjadi pemain naturalisasi terbaharu dipanggil buat pertama kali menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.
Pada saingan Piala AFF 2022, skuad Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan B akan bertemu Myanmar di Yangon (21 Dis), Laos di Bukit Jalil (24 Dis), Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Muhammad Haqimi (kiri) dan Aguero (kanan) antara yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelang saingan Piala AFF 2022. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Piala AFF: Lagu 'mantera' bangkit semangat perlawanan malam ini!
Malam ini bakal berlangsung perlawanan kedua peringkat seperuh akhir Piala AFF 2022 Mitsubishi Electric pasukan Malaysia menentang Thailand.

Harimau Malaya perlu raih banyak gol - Mat Yo
Meraih gol yang banyak malam ini, akan memberi kelebihan kepada pasukan negara kerana bukan mudah beraksi di Stadium Thammasat.

Piala AFF: Kecewa tak dapat tiket, Instagram Jay Chou jadi sasaran
Ruangan komen Instagram penyanyi terkenal Jay Chou 'diserang' netizen gara-gara proses pemasangan pentas konsertnya yang menganggu ruang tempat duduk stadium.

Piala AFF 2022: Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 malam
Operasi Stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam pada 3 Januari ini.

Tidak puas hati mutu pengadilan, FAM hantar surat rasmi kepada AFF
FAM telah menghantar surat rasmi berhubung mutu pengadilan sewaktu perlawanan Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu lalu.

Piala AFF 2022: Harimau Malaya terus kempunan, tewas di tangan Vietnam
Vietnam memperolehi jaringan pertama menerusi tandukan daripada penyerang Nguyen Tien Linh pada minit ke-32.

Harimau Malaya enggan bertandang ke Vietnam sia-sia
Katanya, beliau dan rakan sepasukan akan bekerja keras bagi memburu keputusan yang diinginkan.

Piala AFF: Harimau Malaya mudah 'ratah' Laos 5-0
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 apabila mudah menumpaskan Laos dengan keputusan lima gol tanpa balas.

Piala AFF: Malaysia tundukkan Myanmar, Faisal, Ahmad Syihan jadi wira
Malaysia bermula langkah kanan selepas menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Piala AFF 2022: Malaysia kutip tiga mata pertama, tewaskan Myanmar 1-0
Ahmad Syihan penjaga gol muncul wira apabila berjaya menepis rembatan penalti Myat Kaung Khant.