JOSE Mourinho meramalkan Portugal akan berentap dengan pasukan di ranking keempat dunia, England di perlawanan akhir Euro 2024 yang berlangsung di Jerman bermula esok.
Perlawanan pembukaan Euro 2024 menyaksikan tuan rumah, Jerman berdepan Scotland dalam saingan Kumpulan A.
England yang hadir ke kejohanan kali ini selaku naib juara edisi 2020, muncul pasukan pilihan untuk meraih gelaran raja benua Eropah.
Skuad The Three Lions diundi dalam Kumpulan C dan bertemu Serbia dalam perlawanan pertama di Arena AufSchalke pada awal pagi Isnin.
Bagaimanapun, Mourinho percaya Gareth Southgate tidak mampu membimbing skuad England muncul juara buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka di kejohanan tersebut.
Sebaliknya, Mourinho yang pernah membimbing kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea, Manchester United dan Tottenham Hotspur memilih Portugal sebagai juara edisi kali ini.
“Setakat ini ada tiga pasukan yang berpotensi menjuarai Euro iaitu Portugal, England dan Perancis.
“Tapi saya ramal Portugal boleh jadi juara selepas berentap dengan England di perlawanan akhir,” ujar Mourinho.
Walaupun memilih Portugal sebagai juara, Mourinho tetap menceriakan penyokong England apabila meramalkan ayam tambatan Three Lions, Harry Kane akan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Euro 2024.
Malah, Mourinho yang kini dilantik sebagai pengendali Fenerbahce percaya anugerah pemain terbaik kejohanan menjadi milik bintang muda England, Jude Bellingham.
Sebagai rekod, Bellingham, 20, menyerlah bersama Real Madrid sepanjang musim ini dan membantu gergasi Sepanyol itu menjuarai Liga Juara-Juara selepas menundukkan Borussia Dortmund 2-0 di perlawanan akhir pada 2 Jun lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 14 2024

Walaupun memilih Portugal sebagai juara, Mourinho (gambar) meramalkan ayam tambatan Three Lions, Harry Kane akan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Euro 2024. - Gambar fail/REUTERS

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

EURO 2024: Itali tekad bangkit daripada aksi berkarat
Luciano Spalletti sasar untuk mengembalikan Itali ke tahap terbaik ketika menghadapi ujian Croatia.

Euro 2024: Cristiano Ronaldo naik meluat dengan peminat?
Ronaldo dan seluruh pemain Portugal dan Turkiye kelihatan sangat kecewa dengan pencerobohan peminat.

Euro 2024: Tielemans, De Bruyne pimpin Belgium ke puncak
Belgium rekod kemenangan 2-0 ke atas Romania sekali gus kembali menemui rentak kemenangan dalam saingan Euro 2024.

Euro 2024: Tiada gol tidak mengapa, Cristiano Ronaldo pecah rekod lagi!
Ronaldo buka laluan kepada Bruno Fernandes untuk jaringkan gol - bantuan ketujuh superstar itu dalam edisi Euro kali ini.

EURO 2024: Portugal tidak ragui kecergasan Cristiano Ronaldo
Roberto Martinez tidak meragui keupayaan Cristiano Ronaldo untuk beraksi sepanjang 90 minit dalam kempen EURO 2024.

EURO 2024: Perancis bernasib baik, Austria berjuang hingga tamat
Sebanyak tujuh layangan kad kuning dikeluarkan oleh pengadil dari Sepanyol, Jesus Gil Manzano, dalam aksi panas tersebut.

Euro 2024: Ronaldo sedia berikan segalanya buat Portugal, kata Martinez
"Tiada pemain lain di dunia ini yang mampu membawa apa yang boleh dilakukan Ronaldo di bilik persalinan."

Euro 2024: Gol tunggal Jude Bellingham pastikan England dahului Kumpulan C atasi Serbia
Pemain berusia 20 tahun itu bijak menghidu lambungan lintang Bukayo Saka untuk menanduk masuk gol pembukaan England pada minit ke-13.

Polis Hamburg tembak lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak
Polis melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak Belanda di Hamburg, Jerman, pada Ahad.

Euro 2024: Belgium tidak kisah label underdog
Belgium tidak bimbang tanggapan mereka bukan pasukan pilihan untuk mendominasi Euro 2024.