KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Datuk Misbun Sidek mendakwa beliau tidak pernah mencapai persetujuan bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk berpisah, baru-baru ini.
Misbun berkata beliau sememangnya terkilan memandangkan ianya bercanggah dengan apa yang dimaklumkan BAM kepada media Jumaat lepas.
"Semua keputusan sudah dibuat jadi saya hanya buat sidang akhbar ini untuk memperbetulkan kenyataan (BAM) bahawa di luar saya terima keputusan ini padahal tidak.
Ini kerana ia tak diulas dan dibentang secara tersusun serta baiknya...ketika mesyuarat tempoh hari saya hanya bentangkan post mortem (kegagalan Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia) dan disuruh keluar seketika namun ketika saya masuk kembali saya diberhentikan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Jumaat lepas, jawatankuasa khas diketuai Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam pada satu sidang media memaklumkan mereka dan Misbun bersetuju secara bersama untuk berpisah.
Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan susulan terhadap BAM, Misbun mengakui tidak mempunyai kuasa untuk membuat demikian dan hanya akur dengan keputusan tersebut.
Beliau juga turut hampa tidak dapat meneruskan khidmatnya membimbing skuad remaja negara pada Kejohanan Remaja Dunia 2023 di Spokane, Washington Amerika Syarikat dari 25 Sept hingga 8 Okt ini.
"Pemain yang bermain di Remaja Asia disiapkan ke Remaja Dunia juga tapi apa salahnya jika saya teruskan jaga budak-budak ini kerana saya tahu apa nak dibuat kepada mereka," katanya.
Beliau turut membangkitkan persoalan mengapa beliau sahaja yang dijadikan sasaran memandangkan kem beregu remaja negara juga turut gagal di Yogyakarta.
Skuad remaja negara menampilkan persembahan hambar di Yogyakarta apabila mereka tumpas kepada juara bertahan, Thailand, 0-3, di peringkat suku akhir acara berpasukan campuran manakala tiada seorang pun wakil layak ke separuh akhir bagi saingan perseorangan.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat adalah pada 2018 menerusi beregu wanita remaja ketika itu Pearly Tan-Toh Ee Wei yang meraih perak, selain membantu skuad negara ketika itu memperoleh gangsa bagi acara berpasukan campuran.
Oktober lepas, Malaysia gagal ke suku akhir pada Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol dan menamatkan acara berpasukan campuran di tangga kesembilan menumpaskan Denmark, 4-1.
Lebih menyedihkan apabila buat pertama kali, tiada pemain kebangsaan yang layak ke suku akhir bagi saingan perseorangan di Sepanyol.
Sementara itu, Misbun juga mendakwa terdapat campur tangan pihak pengurusan yang mengganggu program latihannya yang disusunnya di ABM.
"Saya tidak dapat jawapan konkrit (modul latihan diganggu), saya ikut sahaja kerana apa yang penting mahu lahirkan pemain sehingga mereka bergelar juara dan cuba galas tugas dengan hati yang ikhlas.
Kalau mereka kata modul saya lapuk tetapi saya sudah buktikan dengan lahirkan tiga bekas pemain nombor satu negara (Wong Choong Hann, Roslin Hashim dan Datuk Lee Chong Wei). Saya guna modul sama," katanya.
Sebelum ini bekas Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki negara itu diturunkan pangkat sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan pada 2020 diikuti sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja ABM tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Misbun berkata beliau sememangnya terkilan memandangkan ianya bercanggah dengan apa yang dimaklumkan BAM kepada media Jumaat lepas. - Gambar fail/Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Misbun terkilan, tak pernah buat persetujuan berpisah dengan BAM
Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Datuk Misbun Sidek mendakwa beliau tidak pernah mencapai persetujuan bersama dengan BAM untuk berpisah, baru-baru ini.

Malaysia raih kemenangan kedua, kalahkan Latvia 5-0
Malaysia akan berdepan Indonesia hari ini, bagi merebut slot ke suku akhir.