MELAKA: Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Misbun Sidek optimis barisan pemain muda yang bakal menggalas cabaran negara dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Santander, Sepanyol dari 17 hingga 30 Okt ini, mampu meraih kejayaan.
Beliau berkata Malaysia masih mempunyai peluang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas seperti sasaran badan induk badminton negara itu meskipun bakal menerima cabaran hebat daripada negara jaguh badminton lain.
"Kita tahu di peringkat remaja dunia ini negara seperti China, Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Taiwan dan Thailand sangat aktif di peringkat badminton dunia dan ini akan menjadi persaingan yang besar.
"Jadi kita ini sebagai pesaing sudah tentunya akan beri persembahan yang meyakinkan dan saya opitimis peluang itu masih ada, seterusnya skuad negara mampu membawa pulang kejayaan pada pertandingan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan (KBS) peringkat zon selatan yang dirasmikan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka VP Shanmugam.
Misbun berkata beliau percaya 17 pemain seperti diumumkan BAM sebelum ini bakal mempamerkan aksi terbaik dan kesemua mereka akan berlepas ke kejohanan itu selewat-lewatnya 12 Okt ini.
Semalam, BAM mengumumkan senarai pemain yang akan menggalas cabaran negara diketuai Justin Hoh, selain Eogene Ewe Eon bersama pemain Johor Ariffin Nazri, Bryan Jeremy Goonting, Choi Jian Sheng, Fazriq Razif, Wong Vin Sean, Aaron Tai dan Low Han Chen.
Barisan skuad wanita pula terdiri daripada Siti Nurshuhaini Azman, Ong Xin Yee, Siti Zulaikha Azmi, Vannee Gobi, Chong Jie Yu, Lai Ting Cen, Carmen Ting dan Lee Xin Jie.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022

Misbun berkata Malaysia masih mempunyai peluang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas seperti sasaran BAM. - Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Hidup sihat, inovatif bersama Misbun, Jailani Sidek dengan Destina1 International
Dua legenda kongsi cara pertingkat kualiti kesihatan dan kesejahteraan diri dengan produk -Uniwave by Quantes Technology."

Malaysia masih dalam hati - Misbun
Hati Misbun belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini.

ABM lantik Robosin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu
Bekas pemain badminton Indonesia Jeffer Rosobin dijadual menjalankan tugas selaku Ketua Jurulatih Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu.

Norza masih relevan pimpin BAM - Misbun
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria masih relevan untuk memegang tampuk kepimpinan badan induk sukan tersebut.

Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara
Misbun telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kemelut Misbun, BAM selesai
Kemelut Misbun dengan BAM menemui jalan pendamaian selepas badan induk badminton negara itu mengesahkan mencapai penyelesaian secara baik.

Misbun sudah hantar jawapan, masih sayang anak buahnya
Datuk Misbun Sidek sudah menghantar surat jawapan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung tawaran diberikan kepadanya sebelum ini.

Misbun terima permohonan maaf Norza, akan pertimbang tawaran BAM
Datuk Misbun Sidek menerima permohonan maaf Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berhubung kemelut yang tercetus antara beliau dan badan induk itu.

Chong Wei akui terguris kemelut melanda BAM-Misbun
Chong Wei mendedahkan hatinya jelas terguris dengan kemelut yang melanda dua entiti itu.

BAM tawar Misbun kembali berkhidmat hingga tamat kontrak, urai kemelut salah faham
Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, menjelaskan kemelut yang melanda persatuan itu dengan Datuk Misbun Sidek, adalah disebabkan salah faham.