MIKEL Arteta memohon maaf ketika dia merenung tentang 'hari yang sangat menyedihkan' selepas harapan Arsenal untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris ditamatkan dengan kekalahan 1-0 di Nottingham Forest.
Manchester City disahkan sebagai juara selepas jaringan separuh masa pertama Taiwo Awoniyi menyaksikan Forest memperoleh tiga mata yang memastikan status liga teratas mereka.
The Gunners, yang menghadirkan permainan yang konsisten di awal saingan, menghabiskan 248 hari di puncak liga dan mendahului lapan mata ke atas City pada bulan Mac.
Tetapi kejatuhan yang membimbangkan menyaksikan mereka dipintas oleh skuad kendalian Pep Guardiola yang merangkul kejuaraan kelima dalam enam musim.
Tiada pasukan lain yang menghabiskan lebih banyak masa di puncak liga dan gagal merangkul kejuaraan, menyebabkan Arteta cukup kecewa.
“Hari yang sangat menyedihkan, terlalu banyak emosi, kami kalah dalam perlawanan itu, kami kehilangan kejuaraan selepas berjuang untuk tempoh yang panjang,” katanya.
“Kami membina banyak ilusi dan kepercayaan bahawa kami boleh memenanginya dan akhirnya kami gagal. Tahniah kepada Man City, mereka adalah juara, mereka layak menjadi juara, mereka telah melakukannya selama 38 perlawanan, kami tidak dapat melakukannya.
“Itu sahaja dan daripada pihak saya memohon maaf kerana kami telah membina kepercayaan bahawa kami boleh melakukannya dan akhirnya pasukan tidak dapat melakukannya dan itu adalah tanggungjawab saya.
“Kami gagal dan ini adalah tugas dan tanggungjawab saya, saya perlu menganalisis dan berfikir.
“Hari ini kami sepatutnya bermain lebih baik, kami memberi mereka satu gol dan memberi mereka peluang sekali lagi untuk menjaringkan gol lain jika mereka mahu dan kami gagal untuk menghalang pasukan lawan."
Astro Arena
Sun May 21 2023
Reaksi Arteta selepas pemain Brighton Julio Enciso menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Brighton & Hove Albion di stadium Emirates, London, 14 Mei 2023. (Foto AP)
Jalan berlubang bukan benam atau mendapan tanah tambak
Kejadian jalan berlubang yang berlaku di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka Raya, disahkan bukan akibat mendapan tanah tambak.
Perkasa tatakelola institusi infaq, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat, sekali gus menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk bersedekah.
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Pasukan petugas khas KKM siasat kematian pakar patologi
Kementerian Kesihatan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden kematian seorang pakar perubatan patologi di Lahad Datu, baru-baru ini.
PM Anwar tiba di Islamabad untuk Lawatan Negara, disambut Shehbaz Sharif
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi di sini, jam 7.55 malam waktu tempatan.
Pelajar tingkatan satu maut jatuh bangunan
Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra pada Selasa.
Sepanyol evakuasi 350 warganya dari Lubnan susulan ketegangan
350 individu itu menyatakan hasrat untuk kembali ke Sepanyol berikutan situasi tegang di Asia Barat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (02 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tottenham buat Man Utd terpukau - Postecoglou
Postecoglou kagum dengan prestasi pasukannya sepanjang 90 minit terutama dengan permulaan pantas mereka.
EPL: Tak patut kad merah - Bruno Fernandes
Derita tuan rumah bertambah parah apabila Fernandes dibuang padang pada minit ke-42 susulan terjahannya ke atas James Maddison.
Tiga gol Tottenham tumbangkan United di Old Trafford
Gol yang dihasilkan Brennan Johnson, Dejan Kulusevski dan Dominic Solanke membolehkan Spurs membawa keluar tiga mata dari Old Trafford.
EPL: Bintang Chelsea, Palmer lakar sejarah baru ketika ledak empat gol
Palmer menjaringkan keempat-empat gol Chelsea dalam perlawanan yang menampilkan enam gol dalam separuh masa pertama.
EPL: Penalti Salah bawa Liverpool ke puncak liga
Salah meledak gol kemenangan selepas Nelson Semedo menjatuhkan bekas bintang Wolves, Diogo Jota.
EPL: Gol masa kecederaan pastikan mata penuh buat Arsenal
Arsenal memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka di penghujung permainan.
Manchester City seri dua kali berturut-turut
Perlawanan menyaksikan Erling Haaland gagal menjaringkan gol buat kali pertama untuk The Citizens musim ini.
Stones pacu kebangkitan City ikat Arsenal di Etihad
Guardiola melakukan lima pertukaran terhadap kesebelasan utama yang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brentford, pada 14 Sept lalu.
Pendengaran dakwaan pelanggaran peraturan kewangan terhadap Man City bermula
Juara bertahan itu berdepan 115 pertuduhan melanggar peraturan pertandingan yang bermula sejak musim 2009-2010.
EPL: Tottenham Hotspur tanggung malu tewas kepada Arsenal
Arsenal memperoleh kemenangan ketiga saingan EPL selepas menumpaskan seteru tradisi London, Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham.