Pengendali pasukan Barcelona Luis Enrique telah memberitahu sebab bintang sensasi Lionel Messi tidak mengikuti jelajah pra-musim kerana jadual yang padat telah ditempuhi oleh pemain kelahiran Argentina itu.

Gergasi Sepanyol itu telah tiba di Los Angeles dan telah memulakan persediaan untuk tiga perlawanan menentang pasukan MLS Los Angeles Galaxy di Rose Bowl Selasa ini.

The Catalans akan meneruskan jelajah pra-musim mereka ke utara Amerika untuk berdepan Manchester United pada Sabtu.

Namun, pasukan yang berjaya meraih kemenangan trebel musim lepas ketiadaan pemain terbaik mereka Messi yang telah mengharungi jadual yang padat termasuk aksi Copa America bersama skuad kebangsaannya Argentina.

Enrique menyifatkan Messi perlu berehat seketika daripada beraksi untuk memastikan mental dan fizikal pulih sepenuhnya menjelang cabaran musim yang akan datang.

"Semua pemain memerlukan masa yang secukupnya untuk berehat selepas apa yang telah kami tempuhi musim lepas," ulas Enrique.

Perancang pasukan Barcelona dan skuad kebangsaan Sepanyol, Andres Iniesta berkata jelajah pra-musim ini penting buat semua pemain kerana untuk kembali mencari keserasian dan mencuba taktik serta strategi baru untuk musim hadapan.

"Sesi latihan dan perlawanan pra-musim adalah penting," kata Iniesta.

"Selepas berehat dalam tempoh yang lama, kami perlu kembali mencari rentak permainan dan memperbaiki lagi taktikal kami."