SHEFFIELD WEDNESDAY 0 MANCHESTER CITY 1
Pep Guardiola gembira juara bertahan Piala FA, Manchester City, tiada masalah untuk meraih pusingan suku akhir dengan kemenangan 1-0 ke atas Sheffield Wednesday.
Jaringan Sergio Aguero dalam separuh masa kedua, gol ke-20 peribadinya dalam kejohanan itu, sudah cukup untuk City meraih kemenangan ke atas lawan daripada Liga Kejuaraan berkenaan dalam aksi pusingan kelima di Hillsborough itu.
Seteru dari divisyen lebih bawah pernah mencetuskan masalah buat City dalam kempen Piala FA sebelum ini, antaranya Wigan Athletic yang menyingkirkan skuad kendalian Guardiola itu di peringkat ini, dua musim lalu selain Huddersfield Town yang memaksa aksi timbal balik pada 2017.
Namun, senario itu tidak pernah terbit apabila tuan rumah gagal mencatat sebarang percubaan tepat sepanjang 90 minit.
Bercakap kepada BBC Sport, Guardiola berkata: "Kami menghadapi Wigan dua musim lalu, saya masih ingat lagi insiden masa tambahan dan detik terakhir perlawanan musim lalu ketika bertemu Swansea.
Aguero membantu City mencapai kemenangan kelima berturut-turut dalam semua kejohanan termasuk pertemuan pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Real Madrid, minggu lalu, dan kemenangan Piala Liga Inggeris (EFL) ke atas Aston Villa, hujung minggu lalu.
Memandangkan The Citizens masih segar meraikan trofi pertama musim ini selepas tiga hari, Guardiola nyata gembira mereka merekodkan kemenangan selesa dalam Piala FA.
"Tidak kira apa bahagian mana-mana pun, kami sangat ampuh," tambahnya dengan pasukannya akan menghadapi Newcastle United di peringkat suku akhir.
"Sukar untuk menembusi 10 pemain bertahan mereka. Kami sukar membuat hantaran tetapi kami mencipta peluang yang mencukupi untuk menang. Dua percubaan juga terkena tiang dan palang tetapi terutama peluang-peluang dalam babak kedua.
"Ia adalah satu minggu yang sukar buat kami. Seperti yang kami katakan sebelum ini, kami kehausan kekuatan mental tetapi pemain-pemain bersedia untuk terus berjuang dan beraksi sebaik mungkin untuk layak ke pusingan seterusnya."
Astro Arena
Thu Mar 05 2020

Pep Guardiola (kiri) dan Sergio Aguero ketika perlawanan Piala FA pusingan kelima antara Sheffield Wednesday dan Manchester City di Hillsborough, Sheffield, Britain, 4 Mac, 2020. REUTERS
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

EPL: Newcastle gagal saingi fizikal Manchester City
Omar Marmoush melengkapkan hatrik dalam tempoh 14 minit separuh masa pertama, manakala jaringan James McAtee menutup kekalahan berat itu.

Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.

EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).

Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).

Man City lengkapkan pembelian Omar Marmoush dari Eintracht Frankfurt
Manchester City telah melengkapkan pembelian penyerang Mesir, Omar Marmoush daripada Eintracht Frankfurt, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu.

UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.

Guardiola rai kontrak baru Erling Haaland sebagai luar biasa
Pep Guardiola melaungkan pujian terhadap keputusan Erling Haaland yang menandatangani kontrak jangka panjang baharu di Manchester City.

Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.

Guardiola sahkan Walker dibenar tinggalkan Man City, hijrah luar negara
Pep Guardiola mengesahkan bahawa pemain pertahanan veteran England, Kyle Walker, telah meminta untuk berhijrah ke luar negara.

Piala FA: Manchester City belasah Salford City
Perlawanan berlangsung di Stadium Etihad menyaksikan penguasaan anak buah Pep Guardiola ke atas pasukan pelawat bimbingan Karl Robinson.