Pemain berjersi nombor sembilan City itu yang masih mempunyai kontrak hingga 2027, memilih untuk memperbaharui perjanjian berkenaan demi kekal di Stadium Etihad hingga 2034.
Haaland telah meledak 111 gol dalam hanya 126 penampilan sejak menyertai kelab itu daripada Borussia Dortmund pada Jun 2022 dan membantu mereka memenangi dua kejuaraan EPL, Liga Juara-Juara (UCL) serta Piala FA.
Pemain antarabangsa Norway itu turut sempat memecahkan beberapa rekod untuk The Citizens.
Antaranya menjaringkan jumlah gol tertinggi dalam semusim liga (36 pada 2022-23), termasuk muncul pemain terpantas yang mencapai 50 gol pada November 2023 (48 perlawanan).
Dan Guardiola gembira melihat penggempur berusia 24 tahun itu memuktamadkan masa depan yang panjang bersama City.
"Dia mahu membuktikan betapa dia mahu berada di sini, jika tidak semua pemain akan menandatangani kontrak setahun dua," kata pengurus itu. -- Stadium Astro