KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara perlu berwaspada berdepan laluan rumit pada saingan Piala Thomas 2024 selepas diundi dalam kumpulan sama dengan jaguh Eropah an juara edisi 2016, Denmark, yang akan berlangsung di Chengdu, China pada 28 April hingga 5 Mei ini.
Menerusi undian secara maya yang dijalankan di China itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Hong Kong (pilihan ke-12) dan Algeria.
Laluan itu dilihat sedikit 'berliku' buat pasukan negara selaku pilihan kelima kejohanan apabila pilihan kedua Denmark dan Hong Kong mempunyai pemain perseorangan yang mungkin 'mengganas' ketika beraksi pada kejohanan berkenaan.
Sementara itu saingan Kumpulan A, menyaksikan pilihanm pertama China selaku tuan rumah dan juara edisi 2018 diletakkan bersama Korea Selatan, Kanada dan Australia.
Bagi Kumpulan B pula mempamerkan peluang seimbang untuk kesemua pasukan dengan Jepun selaku pilihan keempat kejohanan diundi bersama Taiwan, Jerman dan Republik Czech.
Dalam pada itu, Indonesia, juara 14 kali serta pilihan ketiga kejohanan berdepan laluan sukar apabila diundi bersama juara bertahan, India, Thailand dan England.
Sementara itu, bagi saingan Piala Uber, skuad wanita negara yang merupakan pilihan ke-10 kejohanan terpaksa mengharungi laluan sukar dalam Kumpulan B apabila diletakkan bersama-sama pilihan keempat kejohanan Thailand, Taiwan (pilihan keenam) dan Australia.
Pasukan China yang merupakan pilihan pertama kejohanan diundi dalam Kumpulan A bersama India, Kanada dan Singapura.
Jepun, Indonesia, Hong Kong dan Uganda bakal berentap dalam Kumpulan C manakala juara bertahan Korea Selatan, Denmark, Amerika Syarikat dan Mexico diundi dalam Kumpulan D.
Skuad lelaki sebelum ini gagal menamatkan kemarau tiga dekad sejak kali terakhir menjuarai Piala Thomas pada 1992 di Kuala Lumpur dan tewas kepada India 2-3 dalam perlawanan suku akhir pada edisi lalu di Bangkok.
Kumpulan:
Piala Thomas:
A: China, Korea Selatan, Kanada, Australia
B: Jepun, Taiwan, Jerman, Republik Czech
C: Indonesia, India, Thailand, England
D: Denmark, Malaysia, Hong Kong, Algeria
Piala Uber:
A: China, India, Kanada, Singapura
B: Malaysia, Thailand, Taiwan, Australia
C: Jepun, Indonesia, Hong Kong, Uganda
D: Korea Selatan, Denmark, Amerika Syarikat, Mexico.
(Nota: Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan layak ke suku akhir)
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
![Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024 Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711114265_PialaThomasGeneric.jpg)
Menerusi undian secara maya yang dijalankan di China itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Hong Kong (pilihan ke-12) dan Algeria.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714903653_RexyMainaky.jpg)
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
![Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024 Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711114265_PialaThomasGeneric.jpg)
Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024
Menerusi undian secara maya yang dijalankan di China itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Hong Kong (pilihan ke-12) dan Algeria.
![Piala Sudirman: Choong Hann mahu skuad badminton negara kekal waspada ancaman pencabar Piala Sudirman: Choong Hann mahu skuad badminton negara kekal waspada ancaman pencabar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677223470_WongChoongHann.jpg)
Piala Sudirman: Choong Hann mahu skuad badminton negara kekal waspada ancaman pencabar
Skuad negara kini berada di kedudukan keempat dunia selepas naik satu anak tangga berdasarkan ranking dikeluarkan BWF.
![Chong Wei 'tabik hormat' skuad badminton berjaya rampas emas di Birmingham Chong Wei 'tabik hormat' skuad badminton berjaya rampas emas di Birmingham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659525065_DLCWsidahmedia.jpg)
Chong Wei 'tabik hormat' skuad badminton berjaya rampas emas di Birmingham
Chong Wei berkata, skuad kebangsaan seakan mendapat nafas baharu apabila tampil dengan persembahan memukau pada aksi final.
![Rio 2016: Skuad badminton negara langkah kanan Rio 2016: Skuad badminton negara langkah kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81470967093_Rio.jpg)
Rio 2016: Skuad badminton negara langkah kanan
Beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong-Goh V Shem, yang dikritik kerana prestasi tidak menentu sepanjang musim, tampil dengan aksi meyakinkan menentang pasangan Jerman.
![Zulfadli berdepan Lin Dan dalam Terbuka Indonesia Zulfadli berdepan Lin Dan dalam Terbuka Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71439392214_ZulfadliZulkifli.jpg)
Zulfadli berdepan Lin Dan dalam Terbuka Indonesia
Beregu campuran utama negara, Chang Peng Soon dan Goh Liu Ying bertemu pasangan nombor satu dunia, Zhang Nan dan Zhao Yunlei dari China, pada pusingan pertama pada Selasa.
![Piala Thomas: Malaysia tundukkan Korea Selatan 3-2 Piala Thomas: Malaysia tundukkan Korea Selatan 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463487153_IskandarZainuddin.jpg)
Piala Thomas: Malaysia tundukkan Korea Selatan 3-2
Selaku juara kumpulan, skuad Piala Thomas Malaysia melangkah ke peringkat suku akhir pada hujung minggu ini.
![Frost ada strategi untuk skuad Piala Thomas, Uber Frost ada strategi untuk skuad Piala Thomas, Uber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441162312_MortenFrost.jpg)
Frost ada strategi untuk skuad Piala Thomas, Uber
Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost mahu skuad Piala Thomas negara membina momentum di peringkat kumpulan sebelum aksi getir berdepan Korea.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran getir dari Korea Selatan - Frost Malaysia dijangka berdepan cabaran getir dari Korea Selatan - Frost](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441162312_MortenFrost.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran getir dari Korea Selatan - Frost
Dalam undian Piala Thomas dan Uber yang diadakan hari ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Korea Selatan serta Jerman dan England.
![Tempat Iskandar di Piala Thomas belum terjamin Tempat Iskandar di Piala Thomas belum terjamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71453558009_IskandarZulkarnain.jpg)
Tempat Iskandar di Piala Thomas belum terjamin
Kecederaan pemain badminton negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berkemungkinan menjejaskan peluangnya untuk beraksi bersama skuad kebangsaan dalam Piala Thomas.