KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei kagum dan amat menghormati semangat juang skuad badminton kebangsaan yang berjaya mengatasi India untuk merampas pingat emas acara berpasukan campuran pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia dan pemenang pingat perak pada tiga temasya Sukan Olimpik itu berkata skuad kebangsaan seakan mendapat nafas baharu apabila tampil dengan persembahan memukau pada aksi final yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.
Chong Wei berkata, kejayaan yang dicipta skuad kebangsaan selepas menewaskan India 3-1 di Pusat Pameran Nasional di Birmingham itu merupakan detik bermakna buat seluruh peminat sukan tanah air khususnya badminton.
"Bagus cara permainan semua pemain dan ia permulaan yang baik untuk pasukan muda sebab empat tahun lepas kita kalah dengan India. Kali ini bila menang memang saya rakyat Malaysia yang berbangga terutama apabila ini (Sukan Komanwel) merupakan temasya sukan kedua terbesar selepas Sukan Olimpik.
"Ia (juga) luar biasa apabila kita dapat membawa pulang emas ketika mewakili negara dalam temasya sukan, dapat menyaksikan Jalur Gemilang dan lagu Negaraku berkumandang di bumi Birmingham," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia, skuad kebangsaan yang turut dibarisi Chong Wei terpaksa menerima kekalahan perit 1-3 kepada India yang menyaksikan emas bertukar tangan selepas Malaysia berjaya mempertahankan gelaran acara tersebut dalam tiga edisi berturut-turut bermula 2006.
Mengulas lanjut, Chong Wei berkata pemilihan Ng Tze Yong sebagai pemain perseorangan lelaki utama negara menggantikan Lee Zii Jia di Birmingham adalah keputusan yang tepat apabila beliau berjaya membalas kepercayaan itu dengan mempamerkan aksi bermutu tinggi.
"Permainan Tze Yong memang agresif semalam sebab nak menang dengan bekas pemain nombor satu dunia Kidambi Srikanth bukan mudah... jadi dia kena gunakan pengalaman ini untuk terus fokus bagi kejohanan lain.
"Tetapi peminat perlu bagi ruang sebab dia bukan robot yang sentiasa akan menang. Semua kena faham pemain badminton akan lebih matang apabila sudah melalui proses masa dan langkah demi langkah apabila menyertai kejohanan," katanya.
Pada aksi final itu, Tze Yong yang menduduki ranking ke-42 dunia turun dengan semangat juang tinggi selepas mengejutkan Srikanth 21-19, 6-21, 21-16 sekali gus menyumbang mata kedua negara.
Pada masa sama, Chong Wei turut berkata aksi mantap pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei turut perlu dipuji apabila mengerah sepenuh kudrat untuk negara walaupun akhirnya ditundukkan bekas juara dunia Pusarla V. Sidhu, 22-20, 21-17.
Awal hari ini pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terdahulu membantu Malaysia bermula langkah kanan dengan mengutip mata pertama selepas menumpaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18, 21-15 dalam beregu lelaki.
Pearly Tan mengetepikan sakit di buku lali untuk menghadiahkan mata kemenangan negara bersama M. Thinaah selepas menumpaskan Treesa Jolly-Gayatri Puella 21-18, 21-17 dalam saingan beregu wanita.
Pencapaian dilakar skuad badminton negara itu menyaksikan Malaysia kini muncul negara terbanyak memenangi emas acara berpasukan campuran pada temasya sukan empat tahun sekali itu iaitu pada edisi Melbourne 2006, New Delhi 2010 dan Glasgow 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
![Chong Wei 'tabik hormat' skuad badminton berjaya rampas emas di Birmingham Chong Wei 'tabik hormat' skuad badminton berjaya rampas emas di Birmingham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659525065_DLCWsidahmedia.jpg)
Chong Wei berkata, skuad kebangsaan seakan mendapat nafas baharu apabila tampil dengan persembahan memukau pada aksi final. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
!['Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei 'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718358953_TBLeeChongWei.jpg)
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.
![Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41538665768_950x600.jpg)
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
![Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713933682_LegendaBadmintondu.jpg)
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
![Lee Chong Wei terkandas di Paris Lee Chong Wei terkandas di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713733108_LeeChongWeiterkan.jpg)
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
![Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702705100_TBNorzaZakaria.jpg)
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
![Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707858951_AlwiFarhanAlhasny.jpg)
Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan
Bintang muda Indonesia Alwi Farhan Alhasny menjadikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai idola.
![Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705536328_TBLeeZiiJiapasra.jpg)
Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei
Malah, Zii Jia akui hubungannya dan Chong Wei sebagai 'pelik' terutama selepas bergerak secara profesional.
![Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702870925_TBAxelsenjpg.jpg)
Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei
Victor Axelsen mempertahankan gelarannya dalam acara perseorangan lelaki Final Jelajah Dunia BWF dengan menewaskan Shi Yu Qi semalam.
![Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700041110_LeeZiiJia.jpg)
Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).
![Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698908463_datuknicoldavidd.jpg)
Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold
Tiga legenda sukan negara itu dipilih atas kepakaran serta pengalaman mereka dalam sukan.