Skuad lelaki Malaysia dijangka berdepan cabaran getir dari Korea Selatan dalam usaha untuk muncul selaku pendahulu Kumpulan C pada saingan Piala Thomas, Mei depan.
Dalam undian Piala Thomas dan Uber yang diadakan hari ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Korea Selatan serta Jerman dan England, yang masing-masing berada di ranking ke-11 dan 12 dunia.
Piala Thomas dan Uber akan berlangsung di Kunshan, China dari 15 hingga 21 Mei.
Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata selaku pilihan kedua dalam Kumpulan C, pemain negara tidak boleh memandang rendah keupayaan dua lawan mereka, Jerman dan England pada kejohanan itu.
"Undian yang menarik dan mereka (pemain) tidak seharusnya berdepan masalah mengatasi Jerman dan England....untuk muncul juara kumpulan, saya jangkakan cabaran dari Korea Selatan.
"(Pasukan Malaysia dalam) Piala Uber pula akan berdepan saingan dari Denmark serta Sepanyol dan berpeluang cerah mara ke suku akhir," kata Frost kepada Bernama.
Dalam saingan Piala Uber, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama juara 13 kali China, Denmark dan Sepanyol.
Berdasarkan ranking pasukan badminton dunia yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), skuad lelaki Malaysia berada di ranking keenam dunia, manakala Korea Selatan di tangga keempat.
Malaysia dijangka membariskan pemain nombor dua dunia Datuk Lee Chong Wei, Zulfadhli Zulkifli (ke-40) dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin (ke-41) dalam acara perseorangan, manakala Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam acara beregu.
Kedua-dua pasangan beregu negara menampilkan prestasi memberangsangkan pada Kejohanan Badminton All-England dan Terbuka Switzerland, baru-baru ini.
Frost berkata barisan pemain negara yang akan beraksi pada Piala Thomas dan Uber akan diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan (C&T) BAM pada April ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria percaya pasukan negara berpeluang cerah mara ke suku akhir Piala Thomas.
Malaysia muncul naib juara edisi 2014 selepas tumpas kepada Jepun 2-3.
"Bagi saya, pasukan lelaki dijangka tidak berdepan masalah mara ke suku akhir...apa-apa pun kita tunggu senarai pemain selepas mesyuarat C&T yang akan diadakan awal bulan depan," kata Mohamad Norza.
Bernama
Mon Mar 21 2016
![Malaysia dijangka berdepan cabaran getir dari Korea Selatan - Frost Malaysia dijangka berdepan cabaran getir dari Korea Selatan - Frost](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441162312_MortenFrost.jpg)
Frost menjangkakan cabaran dari Korea Selatan. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Chong Wei berterima kasih kepada semua jurulatih yang membantu kerjayanya Chong Wei berterima kasih kepada semua jurulatih yang membantu kerjayanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61530803458_LEECHONGWEI.jpg)
Chong Wei berterima kasih kepada semua jurulatih yang membantu kerjayanya
Semua jurulatih itu bukan hanya menggilap kemahiran badminton bahkan membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.
![BAM hantar skuad terbaik hadapi Kejohanan Remaja Dunia BAM hantar skuad terbaik hadapi Kejohanan Remaja Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81462861763_LeeChongWei.jpg)
BAM hantar skuad terbaik hadapi Kejohanan Remaja Dunia
Frost menyifatkan pasukan yang bakal dihantar nanti adalah lebih mantap dan tidak mustahil meraih kejayaan yang lebih baik berbanding 2015.
![Salah faham antara Chong Wei dan Frost selesai - Khairy Salah faham antara Chong Wei dan Frost selesai - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441162312_MortenFrost.jpg)
Salah faham antara Chong Wei dan Frost selesai - Khairy
Dalam pertemuan semalam, Khairy Jamaluddin berkata bekas pemain nombor satu dunia itu telah memberikan jaminan bahawa masalahnya dengan Frost tidak akan berterusan.
![Jurulatih tempatan jadi pilihan - Morten Frost Jurulatih tempatan jadi pilihan - Morten Frost](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441162312_MortenFrost.jpg)
Jurulatih tempatan jadi pilihan - Morten Frost
Jurulatih tempatan menjadi pilihan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen untuk melatih skuad nasional dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
![BAM sasar beregu lelaki di ranking ke-16 terbaik dunia - Frost BAM sasar beregu lelaki di ranking ke-16 terbaik dunia - Frost](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61425306368_295x200.jpg)
BAM sasar beregu lelaki di ranking ke-16 terbaik dunia - Frost
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyasarkan beregu lelaki kebangsaan berada di ranking ke-16 terbaik dunia dalam tempoh setahun di bawah program penstrukturan semula pasangan beregu negara itu.