Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan perselisihan faham antara Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen dan Datuk Lee Chong Wei sudah selesai.
Dalam pertemuan dengan Chong Wei semalam, Khairy Jamaluddin berkata bekas pemain nombor satu dunia itu telah memberikan jaminan bahawa masalahnya dengan Frost tidak akan berterusan.
Katanya lagi, Chong Wei menyatakan bahawa beliau rasa letih dan memerlukan rehat selepas tidak berhenti daripada menyertai kejohanan apabila kembali semula daripada penggantungan, Mei lepas.
Chong Wei digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, akhir Ogos tahun lepas.
Chong Wei turut menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan Frost dan hanya meminta disediakan rakan sepelatih untuk dibawa ke kejohanan di luar negara, kata Khairy Jamaluddin kepada pemberita selepas merasmikan jualan promosi barangan sukan sempena Hari Sukan Negara di sini, hari ini.
Mengenai penganjuran sulung Hari Sukan Negara pada 10 Okt ini, Khairy Jamaluddin menyasarkan lebih lapan juta penyertaan daripada rakyat Malaysia termasuk murid-murid sekolah dari seluruh negara.
Katanya, dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN), atlet berprestasi tinggi negara juga akan mengambil bahagian dalam penganjuran kali ini.
"MSN dan ISN akan selaraskan program yang melibatkan atlet, di mana akan diadakan kejohanan kebangsaan supaya mereka terlibat sama dalam aktiviti sukan pada hari itu.
"Lagipun, Hari Sukan Negara bukan acara khusus untuk atlet...ia adalah untuk rakyat Malaysia," katanya.
Khairy Jamaluddin berkata sehingga kini, lebih 9,500 aktiviti berkaitan sukan akan dianjurkan sempena penganjuran Hari Sukan Negara melibatkan agensi kerajaan, pihak swasta, sekolah, institut pengajian tinggi, peringkat negeri dan juga kampung.
Bernama
Sat Sep 19 2015

Dalam pertemuannya semalam, Chong Wei memberikan jaminan bahawa masalahnya dengan Frost (gambar) tidak akan berterusan. -Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.