KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan tiket ke Piala Dunia Hoki 5's Lelaki 2024 selepas berada dalam kelompok empat pasukan terbaik pada Kejohanan Hoki 5's Piala Asia 2023 di Salalah Oman, hari ini.
Ini sekali gus menyaksikan Malaysia, India dan Pakistan menempah slot ke Kejohanan Piala Dunia Hoki 5s Lelaki sebagai wakil Asia manakala Oman turut menyertai mereka menerusi tiket selaku tuan rumah pada perlawanan yang akan berlangsung pada 24 hingga 31 Jan depan di Muscat, Oman.
Malaysia kini berada pada kedudukan ketiga menerusi kategori elit lelaki dengan mengumpul 10 mata manakala ranking pertama dan kedua masing-masing menjadi milik Pakistan (13 mata) dan India (12 mata).
Walaupun berjaya menempah tiket ke pentas berprestij itu, skuad negara terpaksa akur apabila dibenam India 10-4 pada aksi separuh akhir Kejohanan Hoki 5's Piala Asia 2023 di Salalah Oman, petang ini waktu Malaysia.
India bermula garang apabila menjaringkan gol pembukaan menerusi Maninder Singh pada minit kedua sebelum Ismail Abu kembali mengimbangi perlawanan dengan jaringan penyamaan dua minit kemudian.
Skuad negara terus menggandakan kedudukan menerusi jaringan padang Mohamad Akhimullah Anuar Esok pada minit ketujuh sebelum diikat dengan kelebihan "challenge" pasukan lawan yang disudahi dengan jaringan Mohammed Raheel.
India terus mengekalkan penguasaan apabila Pawan Rajbhar meledak gol padang pada minit ke-13.
Bersambung babak kedua, India terus berada dalam kelas tersendiri apabila Mohammed Raheel menjaringkan gol kedua peribadinya seminit selepas perlawanan bermula, namun Malaysia bangkit membalas dengan dua gol berturut-turut pada minit ke-19 menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esok dan Muhamad Nazrey Din.
Malaysia akan beraksi pada penentuan tempat ketiga dan keempat bertemu tuan rumah, Oman pada 9 malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023
Malaysia kini berada pada kedudukan ketiga menerusi kategori elit lelaki dengan mengumpul 10 mata. - Gambar FB Malaysian Hockey Confederation
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Laungan 'Malaysia Boleh' bergema di bumi Eropah
PASUKAN paintball Malaysia yang bertarung di kejuaraan NXL Eropah berjaya memperoleh pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.
Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.
Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM
Perdana Menteri menambah dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara.
Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas
Pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya membawa pulang dua perak dan dua pingat gangsa di Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague
Lakukan yang terbaik, nikmati peluang depan mata - Welson
Welson Sim harap Khiew Hoe Yean nikmati peluang diperoleh dan elak daripada beri tekanan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
PSM sedia pertimbang tawaran ASTAF jadi tuan rumah Piala Asia
PSM sedia mempertimbangkan tawaran Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang diperkenalkan buat julung kalinya.
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishkek.
Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun
Skuad negara akan berentap dengan musuh tradisi itu pada final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 3 petang ini.
Malaysia, Thailand berentap lagi di final Piala Dunia Sepak Takraw
Keputusan itu menyaksikan misi menamatkan dominasi sepak takraw Thailand kian membara, berbaki beberapa jam aksi akhir petang ini.
Piala Asia: Muhammad Najmi selamatkan Malaysia, bangkit ikat Kazakhstan
Muhammad Najmi meledak dua gol dalam tempoh seminit bagi membantu skuad hoki dalam dewan lelaki negara bangkit dari ketinggalan untuk mengikat Kazakhstan 3-3.