KUALA LUMPUR: Perenang negara, Welson Sim berharap Khiew Hoe Yean menikmati peluang diperoleh dan mengelak daripada memberi tekanan berlebihan terhadap diri sendiri menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, bulan depan.
Welson yang pernah beraksi pada edisi 2016 di Rio dan 2020 di Tokyo itu berharap atlet berusia 21 tahun mampu meraih pengalaman berharga pada penampilan sulungnya di pentas Olimpik kali ini.
"Saya akan katakan, nikmati masa ini kerana saya tidak begitu pada Sukan Olimpik pertama saya. Saya masih muda ketika itu dan sangat gementar, serta berasa tertekan dengan prestasi sendiri.
"Lakukan yang terbaik dan nikmati prosesnya. Nikmati sahaja prosesnya dan nikmati peluang menonton aksi perenang terbaik dunia dan lihat bagaimana mereka berenang, belajar daripadanya," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Welson secara peribadinya berkata, beliau yakin Hoe Yean akan mempamerkan prestasi terbaiknya berdasarkan prestasi terkini dalam beberapa kejohanan disertainya.
Hoe Yean yang juga pemegang rekod kebangsaan dalam beberapa acara akan bersaing dalam temasya berprestij dunia itu selepas menerima wild card berdasarkan mata dikumpul dalam ranking Akuatik Dunia.
Hoe Yean akan menyertai acara 400 meter (m) gaya bebas, manakala seorang lagi perenang yang turut dianugerahkan tiket wild card, Tan Rouxin beraksi dalam acara 100m kuak dada.
Sementara itu, mengulas mengenai karier sukan renangnya, atlet kelahiran Sarawak itu berkata beliau akan kembali ke kolam renang pada Ogos depan dan akan memberikan tumpuan persiapan ke Piala Dunia pada hujung tahun ini dan Sukan SEA di Thailand, tahun depan.
"Semua tertumpu kepada persiapan Olimpik dan kami berehat sementara. Akan kembali pada Ogos dan menjalani latihan ke Piala Dunia. Sasaran utama saya ialah Sukan SEA tahun depan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Hoe Yean akan menyertai acara 400 meter gaya bebas, manakala seorang lagi perenang yang turut dianugerahkan tiket wild card, Tan Rouxin beraksi dalam acara 100 m kuak dada. - Gambar fail Bernama
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.

Laungan 'Malaysia Boleh' bergema di bumi Eropah
PASUKAN paintball Malaysia yang bertarung di kejuaraan NXL Eropah berjaya memperoleh pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.