KUALA LUMPUR: Seperti dijangka Malaysia mara ke peringkat suku akhir acara berpasukan dengan bergaya selepas membenam cabaran Jepun 3-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan C kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa di sini, malam tadi.
Kemenangan kedua selepas turut menjinakkan Brunei 3-0 pada Khamis menyaksikan skuad negara bimbingan Ahmad Jais Baharun muncul juara kumpulan sementara naib juara milik Jepun yang mengatasi Brunei 2-1 pada aksi sebelah pagi.
Malaysia akan bertemu naib juara Kumpulan B India di pentas suku akhir hari ini dalam misi menggengam kejuaraan untuk mencipta kejayaan hatrik selepas menjuarai acara double dan regu dengan menumbangkan gergasi sepak takraw dunia Thailand, Rabu lepas.
Berdepan Jepun malam tadi, pasukan negara mengutip mata pertama menerusi trio Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin yang menewaskan Ikki Mito, Daishi Tamaki dan Yota Ichikawa 15-13, 15-4.
Juara acara regu kejohanan, Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Mohamad Azlan Alias berada dalam kelas tersendiri apabila mengenepikan cabaran Ryota Haruhara, Wataru Narawa dan Toshitaka Naito 15-5, 15-5 untuk menghadiahkan mata kedua.
Momentum positif itu diteruskan regu Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican dan Muhammad Shahalril Aiman Halim yang mudah mengatasi trio Kento Nakamura, Masaki Sasamoto dan Yuki Sato 15-5, 15-7.
"Syukur atas kemenangan kedua dan layak ke suku akhir, jadi kita akan cuba untuk tampilkan prestasi lebih baik daripada malam ini. Bagi kita setiap pasukan yang kita tentang pada peringkat kumpulan mahupun suku akhir kita akan lebih serius, sebab kita tak nak pemain-pemain terlalu selesa.
"Saya harap pemain terus fokus untuk setiap perlawanan bagi memastikan prestasi pasukan kita berada pada tahap terbaik. Kalau lihat daripada barisan pemain yang kita susun, itu adalah regu yang memang kita padankan daripada peringkat fasa latihan," kata Ahmad Jais ketika ditemui selepas perlawanan.
Sementara itu, Thailand selaku juara Kumpulan B akan bertemu naib juara Kumpulan C Jepun di suku akhir manakala juara Kumpulan A Indonesia akan bertemu naib juara Kumpulan D Myanmar.
Aksi suku akhir seterusnya menemukan juara Kumpulan D Korea Selatan dan naib juara kumpulan A Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024
![Malaysia jinakkan Jepun, jumpa India di suku akhir Malaysia jinakkan Jepun, jumpa India di suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716592469_SepakTakraw.jpg)
Aksi regu A Malaysia - Muhammad Haziq (kanan), Amirul (kiri) dan Noraizat (dua, kiri) ketika menentang pasukan Jepun dalam acara Berpasukan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa semalam. -- fotoBERNAMA
![Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719788564_banjir.jpg)
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.
![Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719790576_BanjirSabah.jpg)
Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Sabah tidak boleh dilalui
Selain banjir kilat, terdapat juga kejadian cerun runtuh di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom sekitar Kampung Timpoluon.
![Banjir kini landa Kota Kinabalu Banjir kini landa Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719789801_banjir.jpg)
Banjir kini landa Kota Kinabalu
Anggota APM daerah Kota Kinabalu telah digerakkan sehingga awal pagi ini untuk membantu menyelamatkan mangsa.
![Isu kemiskinan, Pelan Perindustrian 2030 tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu kemiskinan, Pelan Perindustrian 2030 tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Isu kemiskinan, Pelan Perindustrian 2030 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat, isu tersebut akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan.
![KPWKM perkasa CBO, rakan strategik bendung penderaan, keganasan rumah tangga - Nancy KPWKM perkasa CBO, rakan strategik bendung penderaan, keganasan rumah tangga - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719736936_NancyShukri.jpg)
KPWKM perkasa CBO, rakan strategik bendung penderaan, keganasan rumah tangga - Nancy
Nancy berkata isu penjagaan keselamatan golongan rentan dalam komuniti khususnya kanak-kanak, golongan kurang upaya serta warga emas tidak boleh dipandang remeh.
![Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun - Exco Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719380493_TBHilmiAbdullah.jpg)
Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun - Exco
Taman Rekreasi Wetland Ketereh dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi melibatkan kos lebih RM12 juta.
![Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024 Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719787263_keracunanmakananp.jpg)
Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
![Jaminan kemasukan matrikulasi wajar, pengiktirafan kepada pelajar cemerlang - Pakar Jaminan kemasukan matrikulasi wajar, pengiktirafan kepada pelajar cemerlang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719786481_Pelajar.jpg)
Jaminan kemasukan matrikulasi wajar, pengiktirafan kepada pelajar cemerlang - Pakar
Ia adalah langkah perlu dalam usaha memperkasakan sektor pendidikan negara, sekali gus mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak Malaysia.
![Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719784371_pinpotrait.jpg)
Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali
Pin itu disematkan pada sut semua pegawai Korea Utara yang menghadiri mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Pekerja Korea pada Jumaat.
![Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima
Manivanan berkata tindakan sedemikian tidak boleh diterima kerana ia turut mencemarkan suasana harmoni dan demokrasi yang diperjuangkan selama ini.
![Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28 Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718967496_SukanSEA.jpg)
Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).
![Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717668701_SepakTakraw.jpg)
Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali
Berdasarkan prestasi di Piala Dunia lalu dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50.
![Sepak takraw sudah penuhi kriteria sukan teras - Mohd Sumali Sepak takraw sudah penuhi kriteria sukan teras - Mohd Sumali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707194286_MohdSumaliReduan.jpg)
Sepak takraw sudah penuhi kriteria sukan teras - Mohd Sumali
Sukan sepak takraw sudah menepati kriteria untuk disenaraikan semula ke dalam sukan teras Malaysia, menurut Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan.
![Jojo Ghazali, skuad takraw kebangsaan dipilih penerima Anugerah Khas SAM Jojo Ghazali, skuad takraw kebangsaan dipilih penerima Anugerah Khas SAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717515412_TBSUKAN.jpg)
Jojo Ghazali, skuad takraw kebangsaan dipilih penerima Anugerah Khas SAM
Ia susulan pencapaian membanggakan atlet tersebut pada tahun lalu, sekali gus melayakkan mereka menerima anugerah berkenaan tahun ini.
![MSN teliti permohonan ganjaran skuad sepak takraw kebangsaan - Hannah MSN teliti permohonan ganjaran skuad sepak takraw kebangsaan - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717223368_KBSHannahYeoh.jpg)
MSN teliti permohonan ganjaran skuad sepak takraw kebangsaan - Hannah
MSN sedang meneliti permohonan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berhubung ganjaran untuk skuad kebangsaan yang meraih kejayaan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
![Piala Dunia ISTAF: Malaysia kempunan tamatkan kemarau 33 tahun Piala Dunia ISTAF: Malaysia kempunan tamatkan kemarau 33 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716721853_SepakTakraw.jpg)
Piala Dunia ISTAF: Malaysia kempunan tamatkan kemarau 33 tahun
Impian Malaysia untuk menamatkan kemarau 33 tahun skuad sepak takraw dalam acara berkumpulan Piala Dunia ISTAF. tidak kesampaian.
![Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716688322_SepakTakraw.jpg)
Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun
Skuad negara akan berentap dengan musuh tradisi itu pada final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 3 petang ini.
![Malaysia, Thailand berentap lagi di final Piala Dunia Sepak Takraw Malaysia, Thailand berentap lagi di final Piala Dunia Sepak Takraw](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716679760_SepakTakraw.jpg)
Malaysia, Thailand berentap lagi di final Piala Dunia Sepak Takraw
Keputusan itu menyaksikan misi menamatkan dominasi sepak takraw Thailand kian membara, berbaki beberapa jam aksi akhir petang ini.
![Malaysia jinakkan Jepun, jumpa India di suku akhir Malaysia jinakkan Jepun, jumpa India di suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716592469_SepakTakraw.jpg)
Malaysia jinakkan Jepun, jumpa India di suku akhir
Kemenangan kedua pada Khamis menyaksikan skuad negara bimbingan Ahmad Jais Baharun muncul juara kumpulan sementara naib juara milik Jepun.
![Sepak takraw: Malaysia sekarang lebih kuat dari Thailand - Pengurus Thailand Sepak takraw: Malaysia sekarang lebih kuat dari Thailand - Pengurus Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716548469_TBTAKRAWMNG.jpg)
Sepak takraw: Malaysia sekarang lebih kuat dari Thailand - Pengurus Thailand
Pengakuan itu dibuat Tumpracha selepas menyaksikan Malaysia menumbangkan Thailand dalam acara double dan regu di Stadium Titiwangsa, Rabu lepas.