KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran profesional negara Goh Liu Ying, menamatkan kariernya selaku pemain selepas berkecimpung dalam badminton seawal usia 13 tahun.
Aksi pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena pada hari ini, merupakan perlawanan kompetitif terakhir bagi pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu.
Liu Ying, 34, yang kembali bergandingan bersama Chan Peng Soon buat kali terakhir pada kejohanan ini, terpaksa akur apabila tewas 21-18, 15-21, 7-21 kepada gandingan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, selepas pertarungan selama 58 minit.
Bercakap kepada pemberita selepas aksi itu, Liu Ying berkata beliau sebenarnya mengharapkan untuk melakar sekurang-kurangnya satu kemenangan di hadapan peminat badminton tanah air, namun tetap gembira apabila sorakan tanpa henti didengarinya sepanjang perlawanan itu.
"Sebelum bermula perlawanan, saya fikir kalau boleh ingin mencatat satu kemenangan dan ia satu bonus jika dapat melakukannya bersama Peng Soon.
"Meskipun tewas, saya anggap ini memori yang saya tidak akan lupakan kerana dapat mengambil bahagian di Terbuka Malaysia bersama Peng Soon. Saya harap selepas ini penyokong rindu kelibat saya dan Peng Soon," katanya.
Beliau yang kelihatan sebak selepas tamat perlawanan, turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjayanya, sepanjang berkecimpung dalam arena badminton.
Kejohanan Terbuka Malaysia 2023 merupakan pengakhiran yang bermakna, apabila kejohanan yang sama menyaksikan beliau memulakan gandingannya bersama Peng Soon, 13 tahun lalu.
Peng Soon akan terus beraksi sebagai pemain profesional bersama Cheah Yee See.
Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang baru digandingkan Disember lepas, melakar kejutan dengan menewaskan pilihan keenam kejohanan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang juga rakan senegara, 21-15, 21-10.
Gandingan yang berada pada ranking ke-147 dunia itu, akan melakukan perhitungan menentang pasangan Indonesia Rehan Naufal-Lisa Ayu (ke-12 dunia).
"Gelanggang ini agak besar, jika dipukul kuat, mudah untuk keluar, jadi strategi kami ialah kawal bulu tangkis, saya cuba yang terbaik dan sebenarnya jurulatih kami (Nova Widianto) berikan kami banyak strategi jadi kami amat hargainya," kata Ee Wei.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023

Pemain beregu campuran profesional negara Goh Liu Ying, menamatkan kariernya selaku pemain selepas berkecimpung dalam badminton seawal usia 13 tahun. - Gambar fail/Stadium Astro

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Liu Ying gantung raket, ucap selamat tinggal kepada peminat
Pemain beregu campuran profesional negara Goh Liu Ying, menamatkan kariernya selaku pemain selepas berkecimpung dalam badminton seawal usia 13 tahun.

Sentuhan Nova mampu tingkat prestasi, cabar pasangan handal dunia - Liu Ying
Goh Liu Ying optimis pengalaman luas dimiliki Nova Widianto mampu melonjakkan prestasi para pemain negara.

Gandingan dengan Liu Ying bukan sekadar eksperimen - Yew Sin
Dia sebaliknya berharap dapat mencapai kejayaan bermakna dalam acara beregu campuran.

Liu Ying bentuk gandingan baharu bersama Ong Yew Sin
Liu Ying membuat pengumuman berkenaan dalam sebuah video dimuat naik di laman Facebook Tan Boon Heong malam tadi.

Goh Liu Ying turun berlatih walaupun belum pulih sepenuhnya
Pemain beregu campuran itu gigih menjalani sesi pemulihan dan latihan secara serentak.

Liu Ying tidak mahu terlalu fikir komen negatif di media sosial
Goh dan Chan terkesan kerana gagal merealisasikan harapan memberi impak cemerlang pada temasya Olimpik kali ini walaupun sudah berusaha sebaik mungkin.

Olimpik Tokyo: Peng Soon-Liu Ying gagal lakar kebangkitan
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas 1-2 kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam aksi Kumpulan D, Sukan Olimpik Tokyo.

Tokyo 2020: Identiti Malaysia terserlah indah di acara perbarisan
Identiti Malaysia terserlah dengan pakaian yang berasal dari hasil rekaan Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka UiTM Shah Alam.

Zii Jia ganti Khairul Anuar sebagai pembawa Jalur Gemilang di Olimpik Tokyo - MOM
Lee Zii Jia akan menggantikan jaguh memanah Khairul Anuar Mohamad sebagai pembawa bendera pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, 23 Julai ini.

All England: Peng Soon-Liu Ying tumpas kepada pasangan bukan pilihan dari Jepun
Peng Soon-Liu Ying, pilihan ketiga kejohanan, jelas gagal menandingi kehebatan lawan apabila tewas dengan 21-14 di set pertama lagi.