GOH Liu Ying enggan memanjakan kecederaan yang dialaminya, sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan sebelum beraksi dalam Terbuka Denmark, 19 hingga 24 Oktober depan.
Biarpun masih merawat kecederaan lutut yang dialami dalam Sukan Olimpik Tokyo, pemain beregu campuran itu tetap gigih menjalani sesi pemulihan dan latihan secara serentak.
"Saya agak berhati-hati ketika berlatih sebab (kecederaan ini) baru sembuh. Saya tidak mahu ia bertambah buruk.
"Tetapi saya tidak boleh berkongsi apakah bentuk latihan yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Saya melakukan apa yang termampu untuk kembalikan tahap persembahan.
"Paling penting saya boleh menyerlah dalam kejohanan kelak," kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016.
Sementara itu, Tan Kian Meng, optimis mampu menggalas cabaran beraksi dalam dua acara, beregu lelaki dan campuran, berdasarkan prestasi semasa dirinya.
"Sebelum ini saya dalam peralihan daripada acara perseorangan ke beregu.
"Kini saya lebih selesa untuk beraksi dalam kedua-dua acara, baik beregu lelaki dan campuran.
"Dengan peluang yang ada ini, saya harap boleh buktikan kemampuan.
"Dalam tempoh sebulan ini saya bergandingan dengan Tan Wee Kiong sebab sebelum ini tidak berpeluang berlatih bersamanya.
"Saya memberitahu jurulatih agar lebih banyak menumpukan perhatian untuk memantapkan gandingan saya dengan Wee Kiong.
"Saya telah memberitahu Lai Pei Jing, saya juga memberi tumpuan (memperkemaskan) gandingan dengannya.
"Saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri, lagipun ini kali pertama saya akan menyertai kejohanan menerusi beregu lelaki," katanya.
Astro Arena
Mon Sep 20 2021

Goh (kanan) masih merawat kecederaan lutut yang dialami dalam Sukan Olimpik Tokyo. - Gambar fail/Astro ARENA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Liu Ying gantung raket, ucap selamat tinggal kepada peminat
Pemain beregu campuran profesional negara Goh Liu Ying, menamatkan kariernya selaku pemain selepas berkecimpung dalam badminton seawal usia 13 tahun.

Sentuhan Nova mampu tingkat prestasi, cabar pasangan handal dunia - Liu Ying
Goh Liu Ying optimis pengalaman luas dimiliki Nova Widianto mampu melonjakkan prestasi para pemain negara.

Gandingan dengan Liu Ying bukan sekadar eksperimen - Yew Sin
Dia sebaliknya berharap dapat mencapai kejayaan bermakna dalam acara beregu campuran.

Liu Ying bentuk gandingan baharu bersama Ong Yew Sin
Liu Ying membuat pengumuman berkenaan dalam sebuah video dimuat naik di laman Facebook Tan Boon Heong malam tadi.

Goh Liu Ying turun berlatih walaupun belum pulih sepenuhnya
Pemain beregu campuran itu gigih menjalani sesi pemulihan dan latihan secara serentak.

Liu Ying tidak mahu terlalu fikir komen negatif di media sosial
Goh dan Chan terkesan kerana gagal merealisasikan harapan memberi impak cemerlang pada temasya Olimpik kali ini walaupun sudah berusaha sebaik mungkin.

Olimpik Tokyo: Peng Soon-Liu Ying gagal lakar kebangkitan
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas 1-2 kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam aksi Kumpulan D, Sukan Olimpik Tokyo.

Tokyo 2020: Identiti Malaysia terserlah indah di acara perbarisan
Identiti Malaysia terserlah dengan pakaian yang berasal dari hasil rekaan Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka UiTM Shah Alam.

Zii Jia ganti Khairul Anuar sebagai pembawa Jalur Gemilang di Olimpik Tokyo - MOM
Lee Zii Jia akan menggantikan jaguh memanah Khairul Anuar Mohamad sebagai pembawa bendera pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, 23 Julai ini.

All England: Peng Soon-Liu Ying tumpas kepada pasangan bukan pilihan dari Jepun
Peng Soon-Liu Ying, pilihan ketiga kejohanan, jelas gagal menandingi kehebatan lawan apabila tewas dengan 21-14 di set pertama lagi.