TOKYO: Sekali pun dilemparkan komen negatif di medial sosial susulan prestasi mengecewakan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, pemain beregu campuran negara Goh Liu Ying tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu sehingga boleh menjejaskan prestasinya pada kejohanan akan datang.
Pemain berusia 32 tahun itu berkata seperti mana peminat sukan tanah air, beliau dan gandingannya Chan Peng Soon juga terkesan kerana gagal merealisasikan harapan memberikan impak cemerlang pada temasya Olimpik kali ini walaupun sudah berusaha sebaik mungkin.
"Saya faham, mereka (netizen) meletakkan harapan tinggi kepada kami, sebab itu mereka kritik prestasi kami (di Sukan Olimpik Tokyo). Tetapi bagi saya yang paling penting sebagai atlet kita sudah melakukan apa yang terbaik.
"Kita bermain untuk menang, bagi diri sendiri dan negara. Sekiranya komen mereka (netizen) positif, kita akan terima tetapi jika komen mereka negatif sehingga menjejaskan prestasi kami di gelanggang, saya tidak mahu ambil kisah," katanya ketika ditemui di Musashino Forest Sport Plaza.
Pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, pasangan Peng Soon-Liu Ying yang meraih pingat perak pada edisi Rio 2016, gagal meraih sebarang kemenangan dalam tiga aksi peringkat kumpulan sehingga menyebabkan netizen melontarkan komen negatif terhadap gandingan itu di media sosial.
Pada aksi pembukaan, beregu campuran utama negara itu tumpas kepada pasangan Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet 18-21, 21-10, 16-21, sebelum tewas kepada gandingan Jerman Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich pada aksi 12-21, 15-21.
Dalam aksi terakhir peringkat kumpulan semalam, Peng Soon-Liu Ying yang berada di ranking ketujuh dunia, tumpas di tangan pasangan nombor tiga dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping 13-21, 19-21.
Mengulas lanjut, Liu Ying berkata beliau mengambil pendekatan untuk hanya mendengar komen atau teguran daripada jurulatih yang dapat memperbaiki prestasi beliau dan Peng Soon di gelanggang.
"Saya rasa tidak perlu ambil kisah komen daripada mereka (netizen), saya hanya akan dengar komen daripada jurulatih, sebab dia (jurulatih) orang yang penting dalam corak permainan saya.
"Saya tahu rakyat meletakkan harapan tinggi kepada kami, tetapi kalau komen yang diberikan itu tidak boleh memperbaiki prestasi, kami tidak pedulikan," katanya yang menghargai sokongan berterusan daripada pelbagai pihak terutama keluarga dalam mengharungi situasi mencabar ini.
Liu Ying yang mengalami kecederaan pada kakinya pada temasya kali ini, berkata tumpuan beliau kini adalah untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia dan Kejohanan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada akhir tahun ini.
Bukan mahu memberi alasan, Liu Ying berkata seperti mana atlet lain, mereka juga tidak terlepas daripada pelbagai cabaran dan rintangan susulan penularan pandemik COVID-19 yang sedikit sebanyak menjejaskan prestasi mereka pada Sukan Olimpik Tokyo.
"Mereka (netizen) mungkin ambil masa lima saat di keyboard, tetapi kami telah buat persediaan selama dua, tiga tahun untuk menghadapi Sukan Olimpik ini. Tetapi kami tidak mampu menjelaskan apa yang telah kami lakukan..bukan senang untuk layak ke Olimpik.
"Namun bagi saya, selagi saya buat yang terbaik dan tidak buat salah kepada sesiapa, itu sudah cukup. Kita telah berusaha demi negara, malah sudah 12 tahun dan tiga kali Olimpik kami sudah beraksi untuk negara, itu cukup bermakna," katanya.
Sementara itu, Peng Soon menghargai sokongan berterusan yang diberikan pelbagai pihak termasuk peminat sukan tanah air walaupun mereka gagal memberikan keputusan positif di Tokyo.
"Kita tidak boleh halang sesiapa pun untuk memberikan komen. Kita sekarang seperti artis tidak boleh lari daripada menerima komen
"Tetapi banyak juga peminat menyokong kami, dalam 10 orang hanya satu atau dua yang beri komen tidak baik tetapi lapan lagi masih sokong kita," katanya sambil mengakui mereka tidak berada di prestasi terbaik di Tokyo.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021

Pada aksi pembukaan, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon tumpas kepada pasangan Hong Kong 18-21, 21-10, 16-21, sebelum tewas kepada gandingan Jerman pada aksi 12-21, 15-21. - Foto Astro ARENA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Soon Huat-Shevon kini nombor tiga dunia
Perubahan ranking terbaru ini dilihat bakal menyuntik semangat buat Soon Huat-Shevon yang memburu kejuaraan pertama musim ini.

Ranking Pang Ron-Su Yi naik mendadak selepas prestasi cemerlang
Ranking beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi meningkat ketara mengikut kemas kini carta kedudukan Kesatuan Badminton Dunia (BWF).

Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.

Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.

Masters China: Tang Jie-Ee Wei pamer kebangkitan penuh dramatik sebelum mara ke separuh akhir
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China.

'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.

Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei hanya perlu 26 minit untuk mara ke pusingan kedua
Gandingan kesembilan dunia itu mudah menewaskan K.Sathish KumarAadya Variyath dengan keputusan straight set 21-14, 21-11.

Tang Jie-Ee Wei mara ke final Terbuka Korea
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea selepas menewaskan gandingan berpengalaman dari China, Cheng Xing-Zhang Chi di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul.

Terbuka Jepun: Tang Jie-Ee Wei, Leong Jun Hao mara ke pusingan seterusnya
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan wakil Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh, 21-19 21-14, dalam pusingan 32 saingan Terbuka Jepun.

Olimpik Paris: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mudah kalahkan beregu Singapura
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, memulakan kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mengetepikan cabaran daripada wakil Singapura.