Pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas T-Team di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu malam.
Keputusan itu membolehkan skuad bimbingan V. Sundramoorthy terus menerajui tangga teratas Liga Super dengan 34 mata selepas 16 perlawanan manakala T-Team kekal di tangga ke-11 dengan kutipan 12 mata selepas 17 perlawanan.
Pada perlawanan malam ini, pasukan tuan rumah jelas menggunakan kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan dengan menguasai sebahagian besar permainan dan hasilnya, mereka di depan dengan gol pembukaan menerusi kapten pasukan Shahril Ishak seawal minit kesembilan.
Shakir Hamzah menggandakan kedudukan pada minit ke-28 sebelum Fazrul Nawaz memastikan tiga mata penuh milik Lions XII FC selepas menanduk masuk sepakan percuma Shahril pada minit ke-35.
Pesaing terdekat mereka, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengekori rapat selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.
Gol tunggal perlawanan hadir seawal minit kesembilan menerusi kapten pasukan ATM Hairuddin Omar, yang menanduk masuk sepakan percuma Rezal Zambery Yahya.
Johor Darul Takzim (Johor DT) yang tewas 2-0 kepada ATM Selasa lepas bangkit mencipta kemenangan bergaya 3-1 ke atas PKNS FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sekali gus merampas tangga ketiga liga dari Selangor dengan 28 mata, berkelebihan dua mata ke atas pasukan Gergasi Lembah Klang itu.
Pada perlawanan di Johor Bharu, pertahanan PKNS FC P. Gunalan memberi gol awal kepada pasukan tuan rumah pada minit ke-28 selepas beliau tertampan ke dalam gol sendiri hantaran silang pemain Johor DT Mohd Nurul Azwan Roya.
Penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menggandakan kedudukan untuk skuad bimbingan Fandi Ahmad itu dengan gol kedua pada minit ke-42 namun Patrick Ronaldinho Wleh mengurangkan defisit jaringan tujuh minit kemudian, sebelum Mohd Nurul Azwan meledak gol kemenangan pada minit ke-84.
Terdahulu, pada perlawanan sebelah petang, Terengganu hanya mampu mengutip satu mata selepas terikat 2-2 ketika bertemu Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Khairul Ramadhan Zauwawi menceriakan penyokong tuan rumah dengan menjaring gol pembukaan pada minit ke-10 menerusi sepakan kencang dari sudut sukar sebelum beraksi dengan sepuluh pemain pada minit ke-53 selepas pemain tengah Ismail Faruqi dibuang padang oleh pengadil Syed Azhar Syed Kamar kerana mengutip dua kad kuning.
Kesempatan itu digunakan pasukan pelawat untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd Faizol Hussein seminit kemudian menerusi sepakan voli kencang dari kawasan luar kotak penalti Terengganu.
Ketiadaan Ismail Faruqi bagaimanapun tidak menggugat jentera pasukan Terengganu yang melancarkan serangan bertali arus ke kubu skuad Tok Gajah dan hasilnya, mereka memperoleh gol kedua menerusi jaringan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-64.
Pemain tengah skuad Tok Gajah Abdul Malik Mat Ariff bagaimanapun menafikan hajat skuad Penyu untuk meraih tiga mata penuh menerusi jaringan pada masa kecederaan bagi mengikat kedudukan seri 2-2.
Bernama
Sun May 12 2013
![Lions XII FC kekal terajui Liga Super Lions XII FC kekal terajui Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368323386_295x200.jpg)
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723712231_LotusKPDNKBBM.jpg)
KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan
KPDN menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan kerjasama beberapa rangkaian pasar raya besar luar negara.
Ekonomi Gig: Persediaan awal belia ke arah pekerjaan stabil
Menurut Pensyarah, Asia Pacific University (Apu), Dr Nor Azrul Mohd Zin, platform ini memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran dan memperoleh pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih stabil.
URA: Akta Pembangunan Semula Bandar ganggu hak pemilik rumah - Pakar
Kerajaan tidak sewajarnya meneruskan penggubalan Akta Pembangunan Semula (Urban Development Act, URA) yang menghilangkan hak pemilik rumah.
Kolaborasi MAPIM, ZUS mahu wujudkan jenama susah senang Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM Malaysia, Ahmad Sani Abdul Alim Araby berkata kolaborasi MAPIM dan ZUS Coffee merupakan kolaborasi yang unik antara syarikat kopi buatan Malaysia itu untuk menjadi jenama susah senang Malaysia.
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
[TERKINI] Pemain bola sepak bawa kerambit suspek kes baling bom petrol
Polis sahkan pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa disyaki kerambit merupakan suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota, pada Mei lalu.
Hanya 16,000 daripada 300,000 pekebun memohon setakat ini
Hanya 16,000 daripada 300,000 pekebun kecil memohon bantuan Budi Agri-Komoditi setakat ini, yang membolehkan mereka menerima insentif bulanan sebanyak RM200.
Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara masalah yang dikenal pasti adalah pekebun kecil tidak mendapat maklumat berhubung bantuan itu, tidak tahu cara mendaftar, atau tiada kemudahan seperti capaian internet dan komputer.
Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara masalah yang dikenal pasti adalah pekebun kecil tidak mendapat maklumat berhubung bantuan itu, tidak tahu cara mendaftar, atau tiada kemudahan seperti capaian internet dan komputer.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723294016_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
![Liga Super: Rembatan Harith Haiqal julang Selangor FC di Likas Liga Super: Rembatan Harith Haiqal julang Selangor FC di Likas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723582269_LigaSuper.jpg)
Liga Super: Rembatan Harith Haiqal julang Selangor FC di Likas
Kedua-dua pasukan bermula agak perlahan dengan tiada serangan berbahaya yang dihadapi kedua-dua penjaga gol.
![Liga Super: Sabah berdepan kunjungan Selangor tanpa empat tonggak Liga Super: Sabah berdepan kunjungan Selangor tanpa empat tonggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723509276_SabahFootballClub.jpg)
Liga Super: Sabah berdepan kunjungan Selangor tanpa empat tonggak
Kapten pasukan Park Taesu bersama Gabriel Peres, Miguel Cifuentes, dan pemain kebangsaan Stuart Wilkin masih dalam senarai kecederaan.
![Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723337406_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang
Pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim teruja apabila dapat kembali beraksi di atas padang buat kali pertama.
![Sorakan peminat bergema, Faisal Halim kembali beraksi berdepan Kelantan Sorakan peminat bergema, Faisal Halim kembali beraksi berdepan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723290708_TBFaisalHalim.jpg)
Sorakan peminat bergema, Faisal Halim kembali beraksi berdepan Kelantan
emain berjersi tujuh itu menerima sorakan daripada para penonton ketika bersiap sedia memasuki padang dan pertukaran pemain di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
![Pasukan lawan sentiasa berusaha kalahkan JDT - Bidoglio Pasukan lawan sentiasa berusaha kalahkan JDT - Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723257845_BergsonGustavoSilv.jpg)
Pasukan lawan sentiasa berusaha kalahkan JDT - Bidoglio
Walaupun berpesta gol pada perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC malam tadi, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Hector Bidoglio tetap mengingatkan anak buahnya untuk kekal fokus bagi menghad
![JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0 JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723220405_TBLIGASUPER.jpg)
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
![Nik Nazmi tawar diri bertanding jawatan Presiden KLFA Nik Nazmi tawar diri bertanding jawatan Presiden KLFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721294828_MenteriSumberAsli.jpg)
Nik Nazmi tawar diri bertanding jawatan Presiden KLFA
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akhirnya mengesahkan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
![Kemenangan sulung di laman sendiri suntik semangat Penang FC terus beraksi cemerlang Kemenangan sulung di laman sendiri suntik semangat Penang FC terus beraksi cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722569912_tbAkmalRizalAhmad.jpg)
Kemenangan sulung di laman sendiri suntik semangat Penang FC terus beraksi cemerlang
Tiga mata berharga itu juga cukup melegakan terutama penyokong yang telah lama menanti persembahan bertenaga daripada pasukan itu.