KUALA LUMPUR: Saingan Liga Malaysia (Liga-M) dilihat mempunyai nilai yang tinggi di kaca mata penaja apabila berjaya menarik tajaan berjumlah RM33.428 juta, kata pemerhati bola sepak tempatan.
Mohd Sadek Mustafa yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Shah Alam berkata ini dibuktikan dengan jumlah besar itu diperoleh pada musim ini, ketika situasi penularan COVID-19 masih tidak menentu dan kehadiran penonton di stadium masih tidak dibenarkan.
"Semua orang risau tentang penajaan Liga-M dan tidak pasti sama ada MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) mampu atau tidak menanggung kos pada musim ini kerana melibatkan jumlah dana yang besar.
"Namun, berdasarkan pengumuman dibuat Presiden MFL (Datuk Hamidin Mohd Amin), bagi saya itu satu jumlah cukup baik untuk meneruskan kelangsungan liga. Bagi saya beliau adalah penyelamat Liga-M yang kini sedang melalui fasa yang semua pihak amat bimbangi ekoran penularan pandemik COVID-19.
"Kelab-kelab juga kena mainkan peranan tersendiri serta tidak boleh mengharapkan bantuan daripada MFL semata-mata terutama dalam hak penyiaran dan perlu ada inisiatif dalam menjana kewangan," katanya menerusi kenyataan daripada MFL.
Sementara itu, unifi menerusi kenyataan berasingan berkata ia bakal menyiarkan perlawanan Sumbangsih dan Liga Super 2021 yang boleh disaksikan oleh peminat menerusi saluran unifi Sports 701-705, aplikasi unifi PlayTV serta saluran YouTube unifi di https://www.youtube.com/c/unifiistheone/featured.
"Dalam situasi semasa ini, kami berharap dengan membawakan perlawanan bola sepak secara terus ke rumah anda, akan mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi serta menyatukan semua," kata Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia (TM) Anand Vijayan.
Liga-M musim 2021 akan membuka tirai secara rasmi menerusi perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 03 2021

Liga-M musim 2021 akan membuka tirai secara rasmi menerusi perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara JDT dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat ini.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KBS perlu lebih proaktif perkasa penglibatan anak muda dalam industri sukan
KBS perlu lebih proaktif bagi memperkasa penglibatan remaja dalam industri sukan,

Sasaran awal 31 pingat emas realistik
Sasaran 31 pingat emas yang ditetapkan itu realistik jika mengambil kira beberapa faktor selepas pasca pandemik COVID-19.

Liga-M masih mempunyai nilai tinggi - Pemerhati sukan
Ini dibuktikan dengan jumlah besar itu diperoleh pada musim ini, ketika situasi penularan COVID-19 masih tidak menentu dan kehadiran penonton di stadium masih tidak dibenarkan.

#MalaysiaBaharu: Masa terbaik untuk revolusi sukan negara
Ambil langkah drastik terhadap institusi sukan di negara ini untuk pembangunan sosial yang lebih baik menerusi sukan.