KUALA LUMPUR: Tujuh legenda badminton negara, yang menganggotai Panel Penasihat Teknikal Akademi Badminton Malaysia (ABM), kemungkinan akan mengikuti skuad negara pada mana-mana kejohanan dalam masa terdekat.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, bagaimanapun, berkata, buat masa ini, tujuh bekas pemain negara itu tidak boleh campur tangan dalam proses pemilihan pemain.
Panel penasihat itu dibentuk awal bulan ini bagi memberikan input tambahan, nasihat dan panduan strategik kepada Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan ABM dengan tujuan meningkatkan prestasi pemain itu untuk tempoh jangka panjang.
"Perkataan yang kita gunakan adalah nasihat, jadi ia kekal sebegitu buat masa ini kerana pasukan kejurulatihan ada perancangan sendiri tetapi sepanjang perjalanan mereka akan mendapat nasihat dan input daripada ahli panel.
"Katakanlah (jika) kita bawa satu atau dua daripada mereka (panel) ke Piala Sudirman, misalnya, untuk memberi input tambahan kepada pasukan dan jurulatih, maka kita akan lakukan itu tetapi dari segi pemilihan pemain, belum lagi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama panel tersebut di sini, semalam.
Selain memberi nasihat kepada pasukan kebangsaan, Mohamad Norza berkata, beliau mungkin mempertimbangkan untuk melantik barisan legenda berkenaan sebagai pengurus pasukan dalam mana-mana kejohanan, namun tertakluk kepada jadual dan komitmen mereka.
Kesemua legenda berkenaan berkhidmat dalam panel berkenaan secara pro-bono (tanpa bayaran).
Tujuh legenda berkenaan dalam panel tersebut ialah Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, Datuk Seri Jalani Sidek, Datuk Cheah Soon Kit, Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock.
Selain turut dianggotai Naib Presiden BAM, Datuk Teoh Teng Chor dan Datuk Ng Chin Chai, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan bekas Ketua Pengarah MSN dan Insttitut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.
Chong Wei dan Jalani tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana mempunyai urusan peribadi di luar negara.
Mohamad Norza berkata, kehadiran barisan legenda sebagai mentor boleh membantu pemain negara lebih berkeyakinan diri dan meluahkan apa yang terbuku di hati serta berkongsi sebarang isu yang dihadapi mereka.
"Ini kerana beberapa pemain mungkin takut untuk berkongsi masalah dengan jurulatih sebaiknya lebih selesa untuk berbicara dengan legenda ini," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata, antara topik yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah untuk mencari jalan mendapatkan dua wakil dalam setiap kategori untuk Sukan Olimpik Paris 2024 , melahirkan lebih ramai pemain pelapis dan mengenal pasti bakat di seluruh negara bagi mengukuhkan kelompok pemain.
"Terdapat juga cadangan untuk melihat gaya hidup (pemain) kerana ada yang berbakat tetapi mereka nampaknya tidak cukup 'lapar' untuk benar-benar berjuang bagi meraih kejayaan," katanya.
Beliau berkata penubuhan panel ini adalah untuk memastikan ketelusan tentang cara BAM dan ABM beroperasi dan akhirnya memberikan mereka saluran yang betul untuk meluahkan pandangan mereka dalam usaha meningkatkan prestasi pemain.
"Walaupun panel ini bermesyuarat setiap tiga bulan tetapi ahli panel boleh memberikan input mereka pada bila-bila masa," katanya.
Mohamad Norza juga tidak menolak kemungkinan mereka boleh membawa masuk lebih ramai bekas pemain hebat jika perlu untuk menyertai panel itu pada masa hadapan.
Sementara itu, Ewe Hock menyifatkan hasil mesyuarat pertama itu sebagai positif manakala Soon Kit berkata pertemuan itu adalah platform yang sangat baik untuk berkongsi pandangan, kritikan atau pujian mereka terhadap pemain demi kemajuan badminton negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023

Mohamad Norza berkata penubuhan Panel Penasihat Teknikal ABM bertujuan memastikan ketelusan tentang cara BAM dan ABM beroperasi dan memberi mereka saluran yang betul untuk meluahkan pandangan. - Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Malaysia masih dalam hati - Misbun
Hati Misbun belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini.

KLBA beri penghargaan buat legenda badminton Datuk Punch Gunalan
Persatuan Badminton Kuala Lumpur mengadakan majlis penghargaan sebagai memperingati jasa legenda badminton negara, mendiang Datuk Punch Gunalan.

'Saya lelaki bertuah, sayang kamu 10,000 tahun' - Chong Wei
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan dirinya sebagai insan yang cukup bertuah apabila memiliki Datin Wong Mew Choo sebagai teman hidupnya.

Patung lilin Chong Wei kekal di Madame Tussauds Hong kong mulai 18 Mac
Patung lilin legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan dipamerkan di Madame Tussauds Hong Kong bermula 18 Mac ini.

Legenda mungkin bersama skuad negara pada kejohanan - Presiden BAM
Buat masa ini, tujuh bekas pemain negara itu tidak boleh campur tangan dalam proses pemilihan pemain.

"Welcome. Third single." - Chong Wei ceria sambut kehadiran anak ketiga
Kehidupan keluarga legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo pada Isnin.

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah atas pemergian isteri legenda badminton negara
Seri Paduka turut menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah.

Chong Wei berterima kasih kepada semua jurulatih yang membantu kerjayanya
Semua jurulatih itu bukan hanya menggilap kemahiran badminton bahkan membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.