Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi pada Sabtu menyatakan Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," demikian menurut hantaran itu.
BACA: Isteri Misbun Sidek meninggal dunia
Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Datuk Misbun Sidek pada tahun 1987 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita dan Misbun Awalauddin.