LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan dirinya sebagai insan yang cukup bertuah apabila memiliki Datin Wong Mew Choo sebagai teman hidupnya.
Malah tanpa berselindung Chong Wei berkata, “Saya melihat video ini, dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis.
“Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup ini apabila saya memiliki wanita ini? Terima kasih Mew Choo. Saya hanya lelaki yang paling bertuah dalam dunia ini.”
Pemenang pingat perak di tiga temasya Sukan Olimpik - 2008 Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016 sebelum itu di Facebooknya memuat naik hantaran diterima daripada seorang individu mengenai isterinya yang juga bekas pemain perseorangan wanita negara sempena Hari Wanita Sedunia pada Rabu.
Hantaran itu menyaksikan Mew Choo menitiskan air mata ketika pemenang perak tiga Kejohanan Dunia, London 2011, Guangzhou 2013, Copenhagen 2014 dan Jakarta 2015 tersebut berkongsi pengalaman sukar dilalui sepanjang kariernya di majlis pelancaran patung lilin dirinya di ibu negara minggu lalu.
Chong Wei di laman media sosialnya menitipkan bagaimana hatinya luluh dan turut menitiskan air mata selain amat bersyukur atas kehadiran Mew Choo dalam kehidupannya.
“Ada seseorang merakamkan video secara rahsia dan menghantar klip berkenaan kepada saya. Ini adalah video mengenai dirinya (Mew Choo), ketika saya sedang berkongsi mengenai detik paling sukar dalam karier saya.
“Sayang kamu 10,000 tahun. Kepada semua wanita di seluruh dunia, selamat menyambut Hari Wanita Sedunia,” kata bekas pemain perseorangan nombor satu negara itu yang turut memuji tindakan anaknya, Terrance yang menenangkan Mew Choo. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 09 2023
Mew Choo sebak ketika Chong Wei berkongsi pengalaman dilalui sepanjang kariernya di majlis pelancaran patung lilin dirinya di ibu negara minggu lalu. - Sumber foto Facebook Lee Chong Wei
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan
Bintang muda Indonesia Alwi Farhan Alhasny menjadikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai idola.
Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei
Malah, Zii Jia akui hubungannya dan Chong Wei sebagai 'pelik' terutama selepas bergerak secara profesional.
Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei
Victor Axelsen mempertahankan gelarannya dalam acara perseorangan lelaki Final Jelajah Dunia BWF dengan menewaskan Shi Yu Qi semalam.
Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).
Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold
Tiga legenda sukan negara itu dipilih atas kepakaran serta pengalaman mereka dalam sukan.