KUALA LUMPUR: Patung lilin legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan dipamerkan di Madame Tussauds Hong Kong bermula 18 Mac ini.
Patung lilin Chong Wei yang siap pada Oktober tahun lalu telah dipamerkan di Madame Tussauds Singapura dan singgah di Malaysia hari ini sebelum dipindahkan secara kekal ke Hong Kong, esok.
Pada majlis memperkenalkan patung lilin itu, di sini hari ini, Chong Wei, yang kelihatan sebak, menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang membantu beliau mengecapi pelbagai kejayaan ketika bernaung di bawah persatuan itu selama 19 tahun.
"19 tahun dalam BAM, mereka bersama saya ketika 'susah dan senang'...saya akui perjalanan kerjaya saya seperti roller coaster.
"Paling saya ingat adalah ketika melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio 2016 di mana berdepan kes doping, ranking saya jatuh ke-182 tetapi dengan sokongan semua pihak terutamanya BAM, saya dapat kembali sebagai pemain nombor satu dunia dalam tempoh 11 bulan," katanya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang turut hadir pada majlis itu, berkata kejayaan diraih pemenang pingat perak tiga kali di Sukan Olimpik itu, menjadi kebanggaan Malaysia yang perlu dicontohi oleh alet muda masa kini.
"Saya amat gembira kerana Madame Tussauds Hong Kong akan mempamerkan patung lilin Chong Wei, yang merupakan kebanggaan negara. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sangat komited untuk menyerlahkan potensi sukan negara kita," katanya.
Turut hadir pada majlis itu. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Replika Chong Wei diperagakan dengan jersi dan seluar pendek berwarna biru serta sepasang kasut biru dan hijau dengan raket di sebelah tangan yang pernah dipakai legenda negara itu di Sukan Olimpik Rio 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Patung lilin legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan dipamerkan di Madame Tussauds Hong Kong bermula 18 Mac ini. - Foto Facebook/Hannah Yeoh

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

"Ini untuk Malaysia!" - Chong Wei terharu, 'kembar lilin' bakal sebaris Ronaldo, Beckham
Lee Chong Wei terharu apabila patung lilin yang dicipta khas menyerupai dirinya bakal berlepas ke Madame Tussauds Hong Kong untuk paparan kekal mulai 18 Mac ini.

Patung lilin Chong Wei kekal di Madame Tussauds Hong kong mulai 18 Mac
Patung lilin legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan dipamerkan di Madame Tussauds Hong Kong bermula 18 Mac ini.

Patung lilin Lee Chong Wei di Madame Tussauds Singapura
Figura lilin bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dipamerkan di Madame Tussauds Singapura.

Muzium Lilin i-City: Penglibatan orang dalam disiasat
Penglibatan orang dalam atau perbuatan khianat merupakan aspek yang masih lagi dalam siasatan polis berhubung kes kebakaran yang melibatkan 10 patung lilin The Red Carpet, i-City Shah Alam.