GIRONA 1 BARCELONA 4

Pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal, menyumbang dua gol dalam separuh masa pertama untuk membantu Barcelona mengekalkan rekod bersih lima kemenangan tanpa kalah dalam saingan LaLiga dengan menewaskan Girona, awal pagi tadi.

Dua jaringan dalam tempoh tujuh minit daripada pemain muda terbaik Euro 2024 itu cukup untuk mendahului perlawanan dalam separuh masa pertama menewaskan penjaga gol pasukan tuan rumah, David Lopez.

Pemain terbaru Barcelona, Dani Olmo, menambah derita skuad kendalian Miguel Angel sebelum Pedri memberikan jaringan kemenangan pada minit ke-64 untuk melebarkan sayap penguasaan pasukan Hansi Flick dalam carta liga.

Cristhian Stuani berhasil menjaringkan gol sagu hati buat Girona 10 minit sebelum tamat permainan tatkala Ferran Torres menerima kad merah atas terjahan kerasnya terhadap Yaser Asprilla.

Selepas lima aksi, Blaugrana sudah mengumpul 15 mata penuh dan berada di puncak liga sambil menjaringkan 17 gol secara keseluruhan.