KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merasakan sudah terlalu lewat untuk membuat sebarang perubahan berhubung kuota pemain import bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Namun, FAM bersedia berbincang dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku pentadbir Liga-M untuk melihat dan mengkaji semula kebenaran mendaftarkan pemain import dalam usaha memelihara standard pemain tempatan di peringkat domestik.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar menjangkakan sebarang perubahan mengenai jumlah pemain import itu akan dapat diketahui selewat-lewatnya pada dua musim mendatang.
"Buat setakat ini kita tidak ada perubahan lagi, walau bagaimanapun saya rasa Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan Datuk S.Sivasundaram akan bincang perkara ini secara teliti sama ada kita perlu kurangkan ataupun kekal dengan ketetapan sama.
"Tetapi apa yang pasti bukan lah pada musim ini kerana sudah terlalu lewat, kalau kita buat pun mungkin dua musim akan datang," katanya ketika ditemui pada final Kejohanan Bola Sepak Wanita Kuala Lumpur (KLWFC) 2021 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.
Berdasarkan peraturan Liga-M, pasukan Liga Super dan Liga Premier masing-masing dibenarkan mendaftar maksimum lima dan empat pemain asing bagi mengharungi saingan liga.
Pendaftaran lima pemain asing bagi saingan Liga Super itu merangkumi masing-masing satu slot pemain Asia dan Asia Tenggara manakala empat pemain import untuk pasukan Liga Premier termasuk satu slot pemain Asia.
Ketika ini, topik mengenai kuota pemain import kembali hangat diperkatakan selepas kegagalan pasukan negara pada kempen Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.
Kuota tersebut dianggap menjadi antara punca utama kepada kemerosotan prestasi Malaysia di peringkat antarabangsa, selain penyebab skuad kebangsaan ketandusan penyerang berkualiti susulan kebergantungan pasukan menggunakan khidmat pemain import di posisi itu.
Perkara tersebut bukan sahaja mendapat reaksi dari peminat dan pengkritik, malah terdapat juga pemain tempatan yang menyarankan supaya kuota pemain import dikurangkan bagi memberi lebih ruang kepada barisan pemain tempatan mengisi tempat dalam kesebelasan utama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022

Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar menjangkakan sebarang perubahan mengenai jumlah pemain import itu akan dapat diketahui selewat-lewatnya pada dua musim mendatang. - Gambar fail
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.