PERLIS FA dijangka mengumumkan seorang lagi pemain import baharu untuk menyarung jersi pasukan.
Skuad Singa Utara itu pada Khamis menamakan bekas pemain Thailand, Kirati Koewsombat, 31, sebagai calon untuk menjadi tonggak utama di bahagian serangan.
Kirati akan membuat penampilan sulung dalam perlawanan persahabatan menentang Penang FA di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar jam 8 malam pada Jumaat.
Beliau merupakan antara tonggak utama skuad gajah putih itu yang menjuarai Piala Suzuki AFF pada 2014.
Selain mewakili negara, Kirati pernah beraksi bersama pasukan Nakhon Ratchasima FC, Buriram United, Chonburi FC dan PTT Rayong.
Antara pemain baharu lain yang menyarung jersi Perlis FA untuk musim hadapan termasuk Safee Sali, Badhri Radzi, Khyril Muhymeen dan Amiridzwan Taj.
Faiz Johari
Thu Dec 27 2018

Kirati merupakan antara tonggak utama skuad gajah putih itu yang menjuarai Piala Suzuki AFF pada 2014. -Gambar Facebook NorthernLions Perlis

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kirati Koewsombat sarung jersi Perlis FA
Pemain baharu yang menyarung jersi Perlis FA untuk musim hadapan termasuk Safee Sali, Badhri Radzi, Khyril Muhymeen dan Amiridzwan Taj.