Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memutuskan tidak lagi menggunakan khidmat Liridon Krasniqi bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk membarisi pasukan Helang Merah pada musim depan.
Setiausaha Kehormatnya Mohd Asmirul Anuar Aris berkata keputusan itu muktamad kerana selain menjimatkan kos, pasukan Kedah dapat mengetengahkan barisan pemain tempatan yang berkaliber dan setanding dengan pemain import.
"Kita sememangnya tidak menyambung kontrak bersama Liridon dan ia adalah keputusan muktamad, kerana kita melihat daripada keadaan kewangan KFA yang kita tidak mahu kos pengurusan menjadi terlalu tinggi jika mendapatkan khidmat Liridon.
"KFA kini beri fokus kepada pemain tempatan yang boleh bermain dengan baik dan tahap profesionalisme yang tinggi... itu yang lebih penting, " katanya kepada pemberita pada Program 'Back To School 'di sini, pada Selasa.
Kira-kira 280 pelajar sekolah rendah dan menengah yang kurang berkemampuan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan menerima bantuan berupa set pakaian sekolah sebagai persediaan memasuki sesi persekolahan baharu tahun depan.
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan meletakkan Liridon dalam senarai sebagai pemain naturalisasi seterusnya dipanggil untuk menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.
Namun begitu, terdapat halangan untuk menjadikan Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua Harimau Malaya selepas Mohamadou Sumareh kerana tidak dikekalkan oleh Kedah untuk musim hadapan.
Mohd Asmirul yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan berkata buat masa ini terpulang kepada mana-mana pasukan negeri lain untuk menggunakan khidmat Liridon sekali gus membolehkan Liridon menyarung jersi skuad kebangsaan itu.
Sementara itu, Mohd Asmirul berkata keputusan rayuan berhubung jumlah pampasan ditetapkan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang hanya bernilai RM75,000 bagi mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat pemain muda Kedah, Akhyar Rashid akan diputuskan melalui mesyuarat antara KFA dan FAM, pada Rabu.
Sebelum ini, KFA mengakui masih belum berpuas hati berkaitan isu pelepasan kontrak Akhyar yang diputuskan FAM dan menganggapnya belum selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 25 2018

Sebelum ini, FAM dilaporkan meletakkan Liridon (gambar) dalam senarai sebagai pemain naturalisasi seterusnya dipanggil untuk menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.

Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.

Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya - Akhyar Rashid
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.

Akhyar, Eyka Farhana ikat tali pertunangan
PEMAIN sayap Harimau Malaya, Muhammad Akhyar Rashid telah mengikat tali pertunangan dengan pelakon, Eyka Farhana.

Akhyar Rashid muncul wira, pastikan TFC kutip tiga mata
Tuan rumah terdahulu dikejutkan dengan gol pertama pelawat menerusi pemain import dari Sepanyol, Mika Junco.

Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.

Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.

Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.

Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).

Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.