Kevin Ramalingam sah melepaskan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkuat kuasa semalam (Jumaat, 29 November).
Perkara itu disahkan oleh MFL, dalam satu kenyataan media, yang turut mengumumkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Ab Ghani Hassan sebagai pemangku CEO berkuat kuasa 1 Disember.
Ab Ghani, yang dilantik oleh Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin bagi melancarkan pentadbiran badan pentadbir Liga Malaysia itu, akan memangku tugas tersebut sehingga pelantikan CEO baharu dibuat.
"Keputusan itu dibuat menerusi persetujuan bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah selepas menerima permohonan peletakkan jawatan Kevin pada Khamis lalu. Kevin telah menghantar permohonan untuk melepaskan jawatannya sebagai CEO MFL kerana ingin meneruskan karier baharunya.
"Ahli Lembaga Pengarah MFL menerima permohonan itu demi kebaikan masa depan beliau. MFL turut tidak mahu terlepas peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Kevin selama beliau bertugas bersama MFL dan mendoakan selamat maju jaya di tempat baharu nanti," kata MFL.
Kevin yang pernah menjawat jawatan CEO The Red Warriors Sdn. Bhd telah dipilih menjadi CEO Football Malaysia Limited Liability Partner-ship (yang kini dikenali MFL) pada April 2015.
Spekulasi mengenai peletakkan jawatan Kevin hangat diperkatakan selepas laporan sebuah blog yang mengatakan semalam adalah hari terakhir beliau di MFL dan telah mengucapkan selamat tinggal kepada petugas di MFL.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
Kevin Ramalingam sah melepaskan jawatan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Buat laporan segera jika ada isu perkauman - MFL
MFL tidak akan berkompromi terhadap apa sahaja tindakan berbaur perkauman atau diskriminasi seperti yang didedahkan Sabah FC.
Berita baik untuk penyokong bola sepak tanah air, boleh hadir ke stadium bermula 29 Oktober ini
Kebenaran memasuki stadium bagaimanapun, tidak terpakai kepada kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun selaras dengan keputusan kerajaan.
MFL kemuka SOP kehadiran penyokong ke stadium
MFL hari ini menyerahkan permohonan cadangan SOP Liga Malaysia 2021 termasuk kebenaran untuk kemasukan semula penyokong yang telah lengkap vaksinasi.
Ab Ghani individu paling tepat sebagai presiden MFL - Sathianathan
Sathianathan menyifatkan Ab Ghani sebagai seorang yang mudah dibawa berbincang dan sentiasa mendapatkan pandangan serta nasihat sebelum membuat keputusan.
MFL mohon penonton lengkap dua dos vaksin dibenar ke stadium
Liga Bola Sepak Malaysia sekali lagi akan memohon kebenaran untuk penyokong menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) di stadium sebagai usaha merancakkan kembali saingan liga berkenaan.
Dua pemain KDA FC positif COVID-19, MFL tunda aksi di Alor Setar
Liga Bola Sepak Malaysia mengesahkan dua pemain Kedah Darul Aman FC positif COVID-19, sekali gus memaksa perlawanan Liga Super antara KDA FC dan Penang FC esok ditunda ke satu tarikh baharu.
Liga Premier akan kembali bersambung 24 Julai
Saingan Liga Premier yang sepatutnya berlangsung pada 3 Julai ini akan kembali diadakan pada 24 Julai ini.
Liga Premier ditangguh berikutan situasi COVID-19 membimbangkan
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan untuk menangguhkan saingan Liga Premier yang dijadual bersambung pada 3 Julai ini, ke suatu tarikh akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Pasukan Liga-M dibenar teruskan latihan secara 'camp-based' training - MFL
Camp-based training itu bagaimanapun perlu mematuhi SOP yang ketat ketika pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown Fasa Pertama ini.
Pasukan Liga-M dijangka terima vaksin pada fasa ketiga - MFL
Pemain dan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dijangka menerima suntikan vaksin pada fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.