KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan dua pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC positif COVID-19, sekali gus memaksa perlawanan Liga Super antara KDA FC dan Penang FC esok ditunda ke satu tarikh baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata penundaan aksi yang dijadual berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar dibuat selepas mendapat nasihat daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
"Pihak pengurusan KDA FC memaklumkan dua pemain disahkan positif COVID-19 menerusi ujian PCR yang dilakukan ke atas para pemain ketika ingin mendaftar masuk semula ke dalam Camp Based Training selepas cuti Hari Raya Aidiladha.
"Ujian ini adalah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh MFL kepada semua pasukan untuk pemain memulakan Camp Based Training bagi menjaga gelembung sukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tarikh baharu perlawanan akan dimaklumkan kelak, dan beliau berharap supaya semua pemain dan pegawai pasukan terus meningkatkan pematuhan SOP bagi menjaga gelembung sukan demi kelancaran saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021

Tarikh baharu perlawanan akan dimaklumkan kelak, dan beliau berharap supaya semua pemain dan pegawai pasukan terus meningkatkan pematuhan SOP bagi menjaga gelembung sukan demi kelancaran saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. - Gambar fail
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.

Perak FC hanya tunggu bukti dana
IMC Sdn Bhd juga telah berbincang dengan pihak terbabit dan bersetuju dengan sebahagian besar terma-terma dikemukakan.

MFL kesal dengan budaya samseng bola sepak
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kesal dengan insiden pergaduhan di antara segelintir penyokong Kuala Lumpur (KL) City FC dan Selangor FC di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras semalam.

Malaysia Airlines rakan penerbangan rasmi Liga-M 2022
Malaysia Airlines menyediakan perjalanan selamat dan lancar untuk MFL selain menyokong aktivitinya.

Kuota pemain import Liga-M kekal musim ini - FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merasakan sudah terlalu lewat untuk membuat sebarang perubahan berhubung kuota pemain import bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Sarawak United bakal berdepan hukuman berat
Stuart berkata sebarang penukaran pasukan menggantikan Sarawak United itu terserah kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan selanjutnya.

Piala Malaysia: Pasukan sedia terima 'pemain ke-12' kembali ke stadium
Kesemua 16 pasukan yang beraksi dalam Piala Malaysia 2021 sudah bersiap sedia menerima kembali kehadiran 'pemain ke-12' ke stadium bermula 29 Okt ini.

Hanya 10 pasukan bertanding dalam Liga Premier 2022
MFL mengumumkan saingan Liga Premier 2022 akan disertai 10 pasukan berbanding 11 pasukan musim ini selepas Perak FC II sah disingkirkan daripada saingan divisyen kedua Liga Malaysia (Liga-M) itu.

Stuart Ramalingam diumum CEO baharu MFL esok?
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, hampir pasti diumumkan sebagai CEO Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam tempoh terdekat.

Dua pemain KDA FC positif COVID-19, MFL tunda aksi di Alor Setar
Liga Bola Sepak Malaysia mengesahkan dua pemain Kedah Darul Aman FC positif COVID-19, sekali gus memaksa perlawanan Liga Super antara KDA FC dan Penang FC esok ditunda ke satu tarikh baharu.