Masalah permukaan padang Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil yang dilaporkan mengalami kerosakan dijangka selesai dalam tempoh terdekat apabila pihak kontraktor membuat kerja-kerja pembaikan bermula bulan depan.
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam satu kenyataan memaklumkan mereka telah berhubung dengan pihak pembekal yang bersetuju untuk menggantikan permukaan padang secara percuma kerana padang tersebut masih dalam tempoh jaminan daripada pembekal.
"Kedua-dua padang tersebut (padang satu dan dua Stadium Hoki Nasional) akan diserahkan semula kepada syarikat pembekal pada 11 Feb 2019 untuk kerja-kerja penggantian dan dijangka siap pada 31 Mac 2019," jelas PSM.
Bagi memastikan masalah sama tidak berulang, PSM memaklumkan kakitangan mereka akan diberikan pendedahan dan latihan sewajarnya berkaitan penyelenggaraan padang tersebut , bertepatan dengan piawaian syarikat pengeluar ketika proses penyerahan semula padang berkenaan dilakukan.
"Berlanjutan daripada kerja-kerja pengubahsuaian itu, pihak pembekal akan berhubung terus dengan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) untuk mendapatkan semula Persijilan Antarabangsa yang telah diterima sebelum ini.
Timbalan Presiden KHM, George Koshy dalam kenyataan yang sama, menyambut baik tindakan pantas yang diambil oleh PSM bagi menangani isu ini.
Beliau memaklumkan penggantian permukaan padang ini adalah tepat bagi memastikan skuad hoki negara dapat bermain dalam satu daripada tiga Siri Akhir FIH yang akan berlangsung dari 26 April hingga 4 Mei depan sebagai medan kelayakan Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang melakukan lawatan ke Stadium Hoki Nasional, hari ini memberi jaminan pihaknya akan membuat pemantauan berhubung kerja-kerja pembaikan bagi memastikan masalah sama tidak berulang.
"Kita selalu buat pemantauan di setiap infrastruktur di Bandar Sukan Kuala Lumpur yang banyak diguna pakai, khususnya oleh atlet kita.
"Kita tidak mahu reaktif tapi bertindak lebih proaktif dan sebelum masalah itu timbul, kita dah cari jalan penyelesaian dan sebagai contoh, jangka hayat permukaan padang ini dapat dipertingkatkan dan boleh diguna pakai banyak pihak," tegas Syed Saddiq.
Beliau turut memaklumkan beberapa perlawanan Liga Hoki Malaysia termasuk saingan pembuka tirai Kejohanan Hoki Piala Tan Sri P. Alagendra yang bermula esok, dipindahkan ke venue lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 02 2019
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman meninjau keadaan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil yang dilaporkan mengalami kerosakan di permukaan padang, pada Rabu. - Foto Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Perak juara Hoki 5s Kebangsaan edisi ketiga
Skuad Perak terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Mohamad Ashran Hamsani pada minit ketiga untuk mengejutkan Pahang.
Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.