KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan berkongsi kenangan manis sepanjang mewakili negara pada Pestabola Merdeka yang merupakan pertandingan bola sepak terulung di rantau Asia suatu ketika dahulu.
Bagi Dollah, pasukan yang dibentuk untuk beraksi pada Pestabola Merdeka 1986 merupakan skuad yang terbaik apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Jepun di pentas separuh akhir, sebelum membenam Czechoslovakia di final, sekali gus merangkul kejuaraan.
"The best part masa lawan Jepun, Jepun letak seorang pemain untuk kawal Zainal (Zainal Abidin), dalam perlawanan itu kita ketinggalan 1-0 di separuh masa, saya bincang dengan Zainal untuk buat sesuatu kerana kami ada pasukan terbaik dan itu peluang untuk kami menang.
"Pada separuh masa kedua Zainal jaringkan gol penyamaan dan saya jaringkan gol kemenangan, the beauty of pasukan 1986 di situ dan di final saya tak sangka kami boleh menang sampai 3-0," kata Pengurus Sri Pahang FC itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Pestabola Merdeka 2023 di sini, hari ini.
Dollah yang membuat penampilan di Pestabola Merdeka sebanyak dua kali iaitu pada 1986 dan 1992, percaya barisan pemain skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon ketika ini mempunyai peluang merangkul gelaran juara tahun ini.
"Dengan ada pemain sekarang saya nampak ini (seperti) pasukan negara pada era 70an dan 80an, dengan pemain-pemain yang saya nampak agak berbeza dengan sebelum ini, saya percaya mereka boleh bawa pulang piala Merdeka," kata bekas pengendali skuad kebangsaan berusia 59 tahun itu.
Sementara itu, Zainal Abidin berkata mewakili skuad kebangsaan buat julung kali ketika masih berusia 17 tahun bagi menghadapi Pestabola Merdeka 1980 adalah kenangan paling manis.
"Kerana semasa di bangku sekolah saya ke stadium tengok Pestabola Merdeka dan lihat Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh beraksi, kemudian selepas itu saya dapat panggilan wakil negara ketika berumur 17 tahun dan dapat bermain bersama mereka, itu yang tak boleh dilupakan.
"Saya pernah jadi juara, naib juara dan tempat ketiga tetapi inilah (Pestabola Merdeka) yang jadikan saya pemain bola yang baik kerana Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi (menyertai) kami (pemain) dapat improve," katanya yang menyifatkan Pestabola Merdeka di rantau Asia seperti Piala Dunia pada era itu.
Pestabola Merdeka diilhamkan Perdana Menteri pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersempena kemerdekaan tahun 1957 dan merupakan pertandingan bola sepak tertua di Asia.
Malaysia yang diwakili skuad Bawah 23 Tahun (B-23) bimbingan Datuk Ong Kim Swee muncul juara kali terakhir Pestabola Merdeka dianjurkan iaitu pada 2013, sekali gus menambah koleksi gelaran ke-12.
Selepas 10 tahun menyepi, kejohanan itu akan dianjurkan kembali dari 13 hingga 17 Okt ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, disertai Malaysia, India, Palestin dan Tajikistan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023

Dollah (kanan) dan Zainal Abidin masing-masing mempunyai kenangan tersendiri tentang Pestabola Merdeka. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Jangan 'tangkap muat' pemain warisan - Dollah
Pemilihan pemain warisan untuk menyarung jersi Harimau Malaya perlu dilakukan secara teliti supaya matlamat memperkuatkan pasukan kebangsaan tercapai.

Semangat pasukan era 70-an kembali dalam Harimau Malaya - Dollah Salleh
Katanya, aksi yang diperagakan Harimau Malaya juga membawanya mengimbau kembali ke zaman kegemilangan bola sepak tanah air pada 1970-an.

Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh
Dollah Salleh menyimpulkan punca kekalahan ialah skuad Malaysia terlalu ghairah memburu gol selepas dibolosi pada minit ke-12.

Piala Asia: Dion Cools, Matthew Davies pilihan Dollah sarung lilitan kapten
Ia memerlukan seorang pertahanan yang boleh mengarahkan dan berpesan kepada rakan sepasukan, kata Dollah.

Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan
Mamadou memainkan peranan penting apabila banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi dan Rowley hampir menjaringkan hatrik.

Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.

Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat.

'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.

Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman
Tok Gajah kehilangan khidmat Baqiuddin Shamsudin, Helmi Eliza, lebih-lebih lagi ketiadaan pengaruh Nor Azam Azih.