KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada sekitar 4.45 petang Jumaat.
Difahamkan, abu mendiang akan mula diambil pada Ahad dan kemudian dilepaskan di Kluang, Johor bagi menunaikan permintaan mendiang yang mahukan abunya dilepaskan di sana.
Sebelum itu sejak dari jam 10.45 pagi, keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan berhimpun di pusat pembakaran itu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada bekas pemain kebangsaan itu.
BACA: Arena bola sepak negara berduka dengan pemergian Shebby Singh
Suasana pilu, sayu dan sebak hampir setiap masa memenuhi ruang di pusat itu.
Keluarga mendiang, Harbans Kaur - isterinya - dilihat paling sayu, hampir setiap masa air matanya dibasahi air mata.
Begitupun, sanak saudara dan rakan-rakan, semuanya menyampaikan kata-kata semangatnya, memeluk erat ibu kepada dua anak itu sambil berkongsikan ucapan takziah dan doa buat mendiang.
Masuk waktu tengah hari, semakin ramai datang memberikan penghormatan terakhir dan keadaan bertambah sayu apabila adik-adik Shebby turut sama menitiskan air mata.
Pemergian secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan apatah lagi mereka tahu, Shebby seorang yang ‘fit’, tiada masalah kesihatan bahkan tidak merokok juga.
Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, bekas menteri portfolio sama, Khairy Jamaluddin dan bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal dilihat antara yang hadir ke upacara tersebut.
Ia turut dihadiri bekas pemain dan rakan seperjuangan Shebby seperti Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Santokh Singh dan Subadron Aziz.
Ahmad Faizal ketika ditemui mengakui pemergian Shebby amat dirasai, bukan sahaja kepada peminat dari zaman mendiang aktif bermain malah zaman sekarang ketika menjadi pengulas sukan.
“Saya telah pun menziarahi keluarga mendiang dan bersyukur kerana melihat kepada isteri dan dua anak beliau, mereka kelihatan begitu kuat.
“Mereka tentunya turut berasa bangga dengan pencapaian mendiang sewaktu hidup sebagai legenda bola sepak yang begitu diminati ramai,” katanya ketika ditemui di lokasi persemadian.
Dollah dan Zainal juga sempat menceritakan kenangan mereka bersama mendiang yang mereka sifatkan sebagai insan yang baik dan peramah.
“Shebby ini pada saya cukup disenangi ramai. Kalau dengan saya, dia menggunakan bahasa namanya. Itu yang masih saya ingat. Dia cakap Dollah, Shebby, menggunakan nama dia.
“Nampak mesranya dia dengan kawan-kawan dia semua. Jadi dengan kehilangan beliau, saya rasa macam tak percaya tapi kita kena terima hakikatnya.
“Apa sekalipun, takziah buat keluarga, sebab keluarga dia pun saya rapat juga, Harbans Kaur dan anak-anaknya. Satu kehilangan…” kata Dollah.
Zainal Abidin pula masih mengigati keakraban mendiang:
“Kami begitu akrab kerana lama beraksi di dalam kancah bola sepak negara, umur pun tak berapa jauh.
“Beliau banyak saya ambil contoh dan tauladan dari beliau kerana beliau seorang yang disiplin dan mempunyai ilmu bola sepak yang cukup tinggi.
“Beliau juga banyak membuat bacaan berkaitan bola sepak daripada zaman beliau masih main sehinggalah hari ini. Satu kehilangan besar buat saya dan bola sepak negara,” ujarnya.
Kehilangannya pasti sangat dirasai bukan sahaja buat keluarga dan saudara terdekat malah arena bola sepak negara juga.
Malaysia kehilangan seorang legenda, pengkritik yang selalu melontarkan kata-kata pedas namun jujur dan pastinya, pencinta selamanya bola sepak negara.
Damailah di sana, Shebby…
Ridauddin Daud
Fri Jan 14 2022
Abu mendiang akan mula diambil pada Ahad dan kemudian dilepaskan di Kluang, Johor bagi menunaikan permintaan mendiang yang mahukan agar abunya dilepaskan di sana. - Foto Astro AWANI
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat.
"Terima kasih untuk semua ucapan, kasih sayang kepada mendiang" - Sonuljit Singh
Pemergiannya mengejutkan tanah air, bukan hanya kepada keluarga, adik beradik, saudara, pencinta bola sepak dalam dan luar negara malah rakyat Malaysia juga.
'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Serbegeth Singh
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah.
Arena bola sepak negara berduka dengan pemergian Shebby Singh
Penggemar bola sepak tanah air bersedih dengan pemergian bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh, pada usia 61 tahun secara mengejut.
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Mendiang seringkali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana dia memang aktif bersukan.