KUALA LUMPUR: Skuad memanah para kebangsaan bakal berkampung selama 16 hari di Australia bermula 24 Mac hingga 8 April ini bagi menjalani kem latihan serta menguji panahan pada kejohanan Grand Prix (GP) Para Oceania 2024 di Sydney.
Ketua jurulatih skuad memanah para negara Marzuki Zakaria berkata pihaknya menerima jemputan oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Australia untuk menyertai kem latihan bersama atlet mereka diikuti kejohanan yang dijadual berlangsung dari 1 - 8 April ini.
"Kem latihan bersama pemanah Australia merupakan peluang bagi tiga atlet kita yang sudah mengesahkan tempat ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris untuk menimba pengalaman serta medan persediaan mereka sebelum temasya sukan itu nanti.
"Selain itu, kejohanan GP Para Oceania 2024 juga dilihat ideal buat ketiga-tiga mereka untuk menyaingi kehebatan pemanah dari sembilan lagi negara antaranya tuan rumah, Indonesia dan Korea Selatan menjelang aksi di Paris," katanya kepada Bernama.
Tiga pemanah yang telah melayakkan diri ke Paris 2024 ialah bekas juara dunia 2019 S. Suresh (recurve lelaki), atlet wanita terbaik temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 Nur Jannaton Abd Jalil (compound wanita) dan G. Daneshen (compound lelaki).
Suresh bakal melakukan penampilan kedua selepas Tokyo 2020, manakala Paris 2024 merupakan kemunculan pertama buat Nur Jannaton dan Daneshen di pentas temasya sukan berprestij itu.
Selain Indonesia, Marzuki berkata pihaknya juga merancang untuk menjalani latihan bersama pemanah Indonesia di pusat latihan mereka iaitu Solo sebelum ke Paris kelak.
Sementara itu, beliau berharap agar ketiga-tiga atlet berkenaan dapat menggunakan masa yang ada untuk menguatkan mental mereka agar dapat memberi tentangan sengit kepada pemanah hebat lain di Sukan Paralimpik 2024.
Dalam pada itu, Marzuki mengakui rezeki ternyata tidak memihak bekas Paralimpian negara Wiro Julin yang terlepas slot ke Paris 2024 pada Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para Fazza kelapan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.
Wiro yang pernah beraksi di Tokyo 2020, tewas tipis kepada Bulent Korkmaz dari Turkiye 141-142 pada pusingan penyingkiran 1/16 dalam kejohanan terakhir kelayakan ke Sukan Paralimpik kali ini.
"Walaupun tidak berjaya ke Paris, Wiro tetap mempamerkan panahan baik," katanya.
Sukan Paralimpik 2024 dijadual berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024

Marzuki berkata pihaknya menerima jemputan oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Australia untuk menyertai kem latihan bersama atlet mereka. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kem memanah para negara berkampung lebih dua minggu di Sydney
Skuad memanah para kebangsaan bakal berkampung selama 16 hari di Australia bermula 24 Mac hingga 8 April ini bagi menjalani kem latihan serta menguji panahan pada kejohanan Grand Prix (GP) Para Oceani