BEKAS ketua pasukan kebangsaan, Shukor Adan, percaya peranan Guilherme De Paula masih wajar dipertaruhkan ketika bertemu Vietnam, awal pagi Sabtu depan.
Pemain naturalisasi dari Brazil itu dikritik hebat selepas mempamerkan aksi longlai ketika tumbang 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Dia gagal melancarkan sebarang percubaan tepat ke gawang tuan rumah, kelmarin, lalu pengendali negara, Tan Cheng Hoe, dituntut agar melakukan rombakan sekiranya ingin menyalakan impian ke pusingan ketiga.
"Lupakan apa yang berlaku (tewas kepada UAE). Saya tetap nak De Paula main.
"Kalau dia tidak dapat laksana tugas dengan baik, ini bermakna dia gagal sebagai pemain naturalisasi," katanya dalam Nadi Weekend sebentar tadi.
Shukor -- yang mencetak gol ketika kali terakhir Harimau Malaya menundukkan Vietnam iaitu dalam separuh akhir Piala AFF 2014 -- menyambut baik kehadiran semula Brendan Gan yang pastinya akan memperkasakan bahagian tengah negara.
"Ketika lawan Bahrain dan UAE, kita tiada pemain nombor enam yang jitu -- seorang pemain yang akan menghalang pihak lawan untuk memulakan gerakan," katanya.
Apapun, dia tetap optimis pasukan kebangsaan menggalas tanggungjawab di Stadium Al-Maktoum kelak.
Kedudukan keempat dalam Kumpulan G meletakkan Harimau Malaya tiada pilihan selain daripada mencapai kemenangan.
Taktikal Vietnam menonjolkan keampuhan di bahagian benteng sejak lima pertemuan terakhir, namun pertahanan yang bakal berumur 42 tahun itu menuntut barisan tonggak pemain negara agar berjiwa besar -- berjuang demi mengharumkan nama dan Cheng Hoe.
"Tidak mustahil Vietnam dapat diatasi seperti di tempat lawan pada 2014.
"Ketika itu kami berjuang untuk negara dan bantu jurulatih negara, Dollah Salleh."
Astro Arena
Sun Jun 06 2021
Sesi Latihan Pagi Skuad Harimau Malaya di Dubai, 6 Jun 2021. - Facebook FAM
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Laungan 'Malaysia Boleh' bergema di bumi Eropah
PASUKAN paintball Malaysia yang bertarung di kejuaraan NXL Eropah berjaya memperoleh pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.
Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.
Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM
Perdana Menteri menambah dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara.
Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas
Pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya membawa pulang dua perak dan dua pingat gangsa di Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague
Lakukan yang terbaik, nikmati peluang depan mata - Welson
Welson Sim harap Khiew Hoe Yean nikmati peluang diperoleh dan elak daripada beri tekanan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
PSM sedia pertimbang tawaran ASTAF jadi tuan rumah Piala Asia
PSM sedia mempertimbangkan tawaran Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang diperkenalkan buat julung kalinya.
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishkek.
Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun
Skuad negara akan berentap dengan musuh tradisi itu pada final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 3 petang ini.
Malaysia, Thailand berentap lagi di final Piala Dunia Sepak Takraw
Keputusan itu menyaksikan misi menamatkan dominasi sepak takraw Thailand kian membara, berbaki beberapa jam aksi akhir petang ini.
Piala Asia: Muhammad Najmi selamatkan Malaysia, bangkit ikat Kazakhstan
Muhammad Najmi meledak dua gol dalam tempoh seminit bagi membantu skuad hoki dalam dewan lelaki negara bangkit dari ketinggalan untuk mengikat Kazakhstan 3-3.