HANYA tinggal enam slot bagi pasukan yang bertanding di pusingan ketiga untuk mengisi kekosongan dan melayakkan diri secara merit dalam Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan berlangsung Mac 2025.

Selepas tugasan antarabangsa dua minggu lalu, kemas kini terbaru menyaksikan senarai pasukan yang berada dalam pot masing-masing yang ditentukan ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Harimau Malaya berada di pot 2 bersama Turkmenistan, Filipina, Afghanistan, Hong Kong dan Yaman.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente akan menerima ujian berat daripada pasukan pot 2 yang memiliki ranking lebih tinggi dan skuad yang seimbang.



Undian pembahagian kumpulan akan dilakukan di Kuala Lumpur pada 9 Disember depan. Perlawanan akan dimaikan secara roundrobin timbal balik.

Terdahulu, Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan kedua Kumpulan D yang terpaksa akur kepada Kyrgyzstan dan Oman.

Untuk rekod, Malaysia ketika itu di bawah bimbingan Kim Pan-gon berjaya mara secara merit ke Piala Asia 2023 susulan menduduki tempat kedua terbaik setiap kumpulan di pusingan ketiga yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. -- Stadium Astro