PUTRAJAYA: Peminat bola sepak kini boleh bermain dengan cara yang selamat semasa pandemik COVID-19 dengan gaya permainan baharu tanpa sentuhan fizikal, dikenali sebagai Footy.
Diperkenalkan oleh Ken Barnes Football Malaysia, Footy dibangunkan kerana menyedari keperluan individu terutama peminat bola sepak untuk kekal aktif dan cergas dalam norma baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Pegawai Operasi Ken Barnes Football Malaysia Subramaniam Palandaram berkata Footy diilhamkan semasa pandemik COVID-19 ketika golongan belia bergelut untuk melakukan aktiviti sukan terutamanya bola sepak.
"Oleh itu kami memutuskan untuk mencipta bola sepak khas tanpa sentuhan fizikal yang dapat membantu golongan belia kita untuk bermain secara selamat semasa pandemik ini. Kelebihan Footy ia adalah selamat, tiada sentuhan badan dan risikonya adalah terlalu kecil atau tidak berpeluang mendapat jangkitan COVID-19," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Subramaniam berkata beliau mencipta Footy apabila menyedari pandemik itu telah mengubah gaya hidup dalam aktiviti sukan sepenuhnya dengan banyak sekatan dikenakan menyebabkan sukar untuk bermain atau mengambil bahagian.
"Dengan begitu banyak SOP dikenakan kami rasakan perlu mempunyai permainan yang senang dimain dan mematuhi peraturan penjarakan fizikal," katanya.
Subramaniam berkata Footy dicipta di Malaysia dan adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan ia seharusnya dipromosikan di seluruh negara untuk menawarkan platform alternatif kepada orang ramai untuk terus kekal cergas dari segi fizikal dan mental, pada masa yang mencabar ini.
"Kami belum lagi memperkenalkannya di luar Malaysia tetapi kami teruja untuk pergi ke negara jiran sebaik sahaja sekatan perjalanan dilonggarkan untuk mempromosikan sukan ini sebagai norma baharu," katanya.
Dalam satu pertandingan Footy yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya antara IPD Putrajaya dan Kelab Media Putrajaya, Harry Salzman Abu Bakar yang mewakili Kelab Media Putrajaya begitu teruja kerana ia merupakan kali pertama mengenali sukan tersebut.
"Memang tidak pernah tahu ada sukan bola sepak jarak fizikal. Amat menarik kerana sukan ini sesuai sekali terutama dalam keadaan norma baharu.
"Ia membolehkan masyarakat bersukan tanpa halangan atau risau dengan risiko penularan COVID-19. Bola sepak tradisional ada bersentuhan tetapi ini tiada sentuhan dan kedudukan setiap pemain ada jarak," katanya.
Beliau yang melihat sukan Footy seakan-akan permainan galah panjang, berharap sukan itu dapat dipromosikan kerana selain selamat daripada risiko penularan COVID-19, ia juga kurang berisiko mendatangkan kecederaan, di samping dapat meningkatkan kecergasan kerana ia melibatkan banyak pergerakan seperti berlari.
Bagi Pemangku Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di IPD Putrajaya, ASP Lenny Kandawar, 40, yang mewakili IPD Putrajaya berpendapat sukan berkenaan boleh diketengahkan terutama dalam situasi pandemik COVID-19 iaitu tiada sentuhan.
"Secara umumnya, sukan bola jarak fizikal ini seakan-akan futsal, cuma ia disesuaikan agar dapat dimainkan di musim pandemik COVID-19 yang tiada sentuhan dan bentesan antara pemain," katanya.
Beliau berkata strategi kemenangan dalam sukan bola sepak jarak fizikal, yang melibatkan lima pemain sepasukan termasuk penjaga gol, adalah semangat berpasukan, taktikal yang betul dan semangat melawan serta tidak mudah mengalah.
"Penyerang perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada kerana hanya perlu berhadapan dengan penjaga gol setelah bola melepasi kawalan dua orang pertahanan. Secara mudahnya, satu peluang satu gol, di samping pemain pertahanan perlu menutup setiap ruang bagi pihak lawan menghantar bola kepada penyerang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 16 2021

Footy dicipta di Malaysia dan ia seharusnya dipromosikan di seluruh negara untuk menawarkan platform alternatif kepada orang ramai supaya kekal cergas dari segi fizikal dan mental pada masa mencabar ini. - Facebook Ken Barnes Football

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.