Kejohanan Skuasy Individu Wanita Dunia yang sepatutnya berlangsung di Kuala Lumpur, berdepan pembatalan apabila penganjur mengugut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menuntut 3.5 juta ringgit hanya untuk kos keselamatan.
Teka-teki mengenai status kejohanan yang sepatutnya bermula 12 Disember depan mula jadi tanda tanya.
Penganjur, kumpulan Hallmark Events mendakwa Malaysia tidak selamat menganjurkan kejohanan besar ternyata alasan semata-mata.
Mereka menghantar emel kepada Khairy menuntut 3.5 juta ringgit untuk kos keselamatan dan ia sesuatu yang tidak masuk akal.
Ia seolah-olah ugutan dan Khairy nyata tidak gembira.
“Apabila saya diberitahu bahawa kita masih boleh menganjurkan Kejohanan Skuasy Individu Wanita Dunia minggu depan dengan syarat membayar 3.5 Juta Ringgit untuk kos keselamatan peribadi, ianya satu ugutan. Saya tidak mahu ditipu oleh pihak penganjur antarabangsa,” kata Khairy
Kumpulan Hallmark Events ialah syarikat pengurusan yang dilantik Persatuan Skuasy Profesional (PSA) untuk menganjurkan kejohanan itu bermula 2014 hingga 2016.
Sebelum ini Khairy turut menyanggah kenyataan masalah keselamatan yang dikeluarkan oleh penganjur itu, memandangkan Malaysia telah menganjurkan pelbagai persidangan antarabangsa tanpa sebarang masalah.
Misalnya, beliau berkata Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di ibu negara baru-baru ini, yang menyaksikan kehadiran beberapa pemimpin terkemuka dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan ia berjalan dengan lancar.
Astro Awani
Sun Dec 06 2015

KJ: "Saya tidak mahu ditipu oleh pihak penganjur antarabangsa." - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kejohanan Skuasy Individu Wanita Dunia berdepan pembatalan
Kejohanan skuasy individu wanita dunia berdepan pembatalan apabila penganjur mengugut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menuntut 3.5 juta ringgit hanya untuk kos keselamatan.

Penganjur Kejohanan Skuasy Dunia guna alasan keselamatan dapatkan tajaan RM3.5 juta - Khairy
Penganjur Kejohanan Skuasy Dunia, Kumpulan Hallmark Events hanya menggunakan isu keselamatan negara sebagai alasan bagi mendapatkan penajaan berjumlah RM3.5 juta.