Penganjur Kejohanan Skuasy Dunia, Kumpulan Hallmark Events hanya menggunakan isu keselamatan negara sebagai alasan bagi mendapatkan penajaan berjumlah RM3.5 juta.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan penganjur itu bersikap licik bagi mendapatkan penajaan daripada kerajaan Malaysia, sekiranya mahu meneruskan penganjuran Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Kuala Lumpur dari 11 hingga 18 Dis ini.
Khairy berkata pihaknya menerima penjelasan daripada penganjur menerusi e-mel semalam, namun menyifatkan tindakan mereka menggunakan alasan masalah keselamatan di Malaysia untuk menangguhkan kejohanan itu, adalah tidak masuk akal.
"Lebih menarik lagi, dalam e-mel yang saya terima, mereka mengakui semua (isu keselamatan) bukan sebab utama, mereka sebenarnya mengakui menghadapi masalah kewangan.
"Dalam e-mel itu, mereka menyatakan kejohanan tersebut boleh diteruskan sekiranya kerajaan Malaysia memberi penajaan sebanyak RM3.5 juta untuk aturan keselamatan persendirian.
"Ini jelas menunjukkan mereka sebenarnya menggunakan kenyataan itu (masalah keselamatan) untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan. Saya tidak berkompromi dengan peras ugut menggunakan isu keselamatan," katanya selepas perasmian 'Lean In Summit Malaysia 2015', di sini hari ini.
Khairy turut menyanggah kenyataan masalah keselamatan yang dikeluarkan oleh penganjur itu, memandangkan Malaysia telah menganjurkan pelbagai persidangan antarabangsa tanpa sebarang masalah.
Misalnya, beliau berkata Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di ibu negara baru-baru ini, yang menyaksikan kehadiran beberapa pemimpin terkemuka dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan ia berjalan dengan lancar.
Bernama
Sat Dec 05 2015
KHAIRY: Mereka mengakui semua (isu keselamatan) bukan sebab utama, mereka sebenarnya mengakui menghadapi masalah kewangan. - Gambar Fail
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan - PM Anwar
Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas dan berkesan dengan melibatkan usaha pelbagai pihak.
AWANI Ringkas: Jangan cemas tembakan meriam pada Jumaat dan Sabtu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR
Kertas siasatan kes pelakon tumbuk teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Elektrik terputus, banjir jejaskan 165,000 penduduk Toronto
Hujan lebat di Toronto, Kanada pada Selasa menyebabkan lebih 165,000 pengguna terputus bekalan elektrik, lapor Toronto Hydro.
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
23 terbunuh, 13 cedera dalam kemalangan bas di Peru
Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 13 cedera di Peru pada Selasa selepas sebuah bas terbalik ketika dalam perjalanan melalui kawasan pergunungan.
Agensi berita Andina melaporkan Ketua Bahagian Perlindungan Lebuh Raya, Jhonny Rolando Valderrama memberitahu bas itu terbabas dari lebuh raya di wilayah Ayacucho andean peru pada waktu senja lalu terbalik dan terjunam ke bawah cerun kira-kira 200 meter.
Agensi berita Andina melaporkan Ketua Bahagian Perlindungan Lebuh Raya, Jhonny Rolando Valderrama memberitahu bas itu terbabas dari lebuh raya di wilayah Ayacucho andean peru pada waktu senja lalu terbalik dan terjunam ke bawah cerun kira-kira 200 meter.
Kejohanan Skuasy Individu Wanita Dunia berdepan pembatalan
Kejohanan skuasy individu wanita dunia berdepan pembatalan apabila penganjur mengugut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menuntut 3.5 juta ringgit hanya untuk kos keselamatan.
Penganjur Kejohanan Skuasy Dunia guna alasan keselamatan dapatkan tajaan RM3.5 juta - Khairy
Penganjur Kejohanan Skuasy Dunia, Kumpulan Hallmark Events hanya menggunakan isu keselamatan negara sebagai alasan bagi mendapatkan penajaan berjumlah RM3.5 juta.