Kerajaan Kedah mengumumkan imbuhan RM10,000 kepada Muhammad Aznil Bidin, pemenang pingat emas bagi acara angkat berat kategori 65 kilogram di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah, Mohd Rizal Mohd Radzi berkata, imbuhan itu akan disampaikan pada satu majlis menghargai atlet-atlet Kedah yang mewakili negara ke sukan tersebut yang dijangka pada Mei.
Katanya, imbuhan itu sebagai menghargai pencapaian Muhammad Aznil, 24, selaku anak jati Kedah yang bukan sahaja mengharumkan nama negeri, malah Malaysia di persada antarabangsa dalam acara agkat berat.
"Kerajaan negeri akan bagi RM10,000 kepada Muhammad Aznil di atas pencapaiannya itu dan juga atlet-atlet lain dari Kedah turut diberi penghargaan pada majlis yang sama," katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan wira negara itu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini, kira-kira 8.30 malam ini.
Turut menyambut kepulangan Muhammad Aznil ialah ibunya, Haslina Hamzah, 46, dan bapanya, Bidin Yaacob, 50, sambil menyarungkan kalungan bunga sebagai tanda rasa bangga di atas kejayaan anak kedua dari empat beradik itu.
Sementara itu, Muhammad Aznil berkata, masa rehat selama dua minggu yang diberikan pihak pengurusan akan digunakan sebaik mungkin bersama keluarga sebelum turun menjalani latihan semula bagi beberapa siri kejohanan selepas ini.
Antaranya ialah Sukan Asia di Indonesia pada Ogos ini, IWF World Championship di Aashgabat, Turkmenistan pada November, seterusnya mengumpul mata untuk layak ke Sukan Olimpik di Tokyo pada 2020.
"Kejayaan ini cukup manis dan menjadi pemangkin kepada saya untuk terus melakar kejayaan di kejohanan yang lebih besar, InsyaAllah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya," katanya.
Muhammad Aznil melepasi ramalan apabila mengatasi saingan sengit Morea Baru dari Papua New Guinea untuk memenangi pingat emas kategori 62kg pada hari pertama Sukan Komanwel.
Pingat perak menjadi milik atlet Morea Baru yang angkatan keseluruhannya kurang 3kg daripada Muhammad Aznil sementara gangsa dibawa pulang atlet Pakistan, Talha Talib dengan 283kg.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 14 2018
Muhammad Aznil menunjukkan pingat emas yang dimenangi sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, 14 April, 2018. --fotoBERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau tidak akan berhenti berusaha untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan angkat berat.
Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan
Muhammad Hafizuddin Roslin bagai tiada tandingan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) lelaki untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024.
Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.
Olimpik Paris 2024: Kalah dengan 1kg lebih mengecewakan - Mohamad Aniq
Mohamad Aniq terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, pada Rabu.
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.
Angkat berat boleh buat wanita jadi 'sado'? Fakta atau fiksyen?
Ramai wanita enggan melakukan senaman angkat berat kerana beranggapan tubuh mereka akan menjadi berotot dan hilang bentuk badan feminin.
Cipta rekod Malaysia senaman kardio, angkat berat 12 jam tanpa henti
Dr K Jey Prabakaran Thevar, 26, mencatatkan rekod tersebut pada 23 Julai lalu dengan menggunakan lebih 20 peralatan seperti treadmill, dumbbell dan barbell.