PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan .
Menurut beliau, perbelanjaan yang dibenarkan adalah untuk kegunaan diri sendiri, suami isteri atau anak.
“Antara jenis pelepasan cukai individu berkaitan perbelanjaan sukan layak dituntut termasuk pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut jenis sukan disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] tidak termasuk basikal dua roda bermotor.
“Selain itu, bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan dan juga bayaran fi pendaftaran bagi menyertai apa-apa pertandingan sukan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan di sini, pada Jumaat.
Dalam masa sama, beliau juga mengingatkan untuk membuat semakan awal sama ada penyedia latihan sukan mematuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan.
Hannah turut memberitahu, pelepasan cukai individu termasuk yuran keahlian gimnasium atau latihan sukan yang layak mendapat pelepasan cukai adalah latihan secara 'one-off' atau bersiri yang diadakan secara berstruktur seperti kelas, klinik, kursus, bengkel dan sebagainya.
Ini, katanya, termasuk jenis sukan seperti yang tersenarai di bawah Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].
Beliau berkata, penyedia latihan mestilah persatuan, kelab sukan, syarikat berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016.
“Perbelanjaan yuran latihan sukan perlu dibuktikan dengan resit pembayaran termasuk resit yang dijana secara dalam talian,” katanya.
Faida Rahim
Fri Apr 19 2024

Pelepasan ini termasuk bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan dan juga bayaran fi pendaftaran bagi menyertai apa-apa pertandingan sukan. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kerajaan terus beri galakan kepada pemaju komited dengan pembinaan RMM - Fadillah
Kerajaan akan terus memberi galakan menerusi pelbagai insentif termasuk pelepasan cukai dan akses kepada tanah yang lebih strategik kepada pemaju yang komited dengan pembinaan rumah mampu milik (RMM)

Belanjawan: LIAM mohon pelepasan cukai diperluaskan untuk insurans perubatan
Kerajaan harus memperluaskan pelepasan cukai untuk insurans perubatan dan kesihatan dalam Belanjawan 2025, kata CEO Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Penyumbang dana Program Pemuliharaan Orang Utan MPOGCF layak dapat pelepasan cukai - MPOGCF
Dana itu akan digunakan bagi melaksanakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara orang utan menggunakan pendekatan in-situ.

Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.

KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.

KBS umum syarat pelepasan cukai yuran latihan sukan sebelum Mac
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan syarat serta insentif yuran mengikuti latihan sukan yang diberi pelepasan cukai seperti terkandung dalam Belanjawan 2024, sebelum Mac ini.

Belanjawan 2024: Pelepasan cukai yuran latihan jadi 'game changer' - Hannah
Pelepasan cukai untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan dalam Belanjawan 2024 akan menjadi 'game changer' industri sukan negara.

Belanjawan 2024: KBS mohon pelepasan cukai bagi yuran latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berusaha untuk memasukkan kos atau yuran latihan sukan dalam senarai pelepasan cukai bagi gaya hidup menerusi Belanjawan 2024, kata Menterinya Hannah Yeoh.

Yayasan Albukhary tidak perlu merayu jika pengecualian cukai tidak dibatalkan - Muhyiddin
Muhyiddin mendakwa Yayasan Albukhary tidak perlu membuat rayuan berhubung pengecualian cukai sekiranya ia tidak dibatalkan oleh LHDN.

Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai SSPN sehingga 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendengar keresahan disuarakan golongan yang terkesan.