KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Yayasan Albukhary tidak perlu membuat rayuan berhubung pengecualian cukai sekiranya ia tidak dibatalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang merupakan agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
Dalam pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah difailkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng terhadapnya, Muhyiddin memaklumkan telah ternampak sepucuk surat daripada Kementerian Kewangan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sekitar 2021.
Menurutnya surat itu memaklumkan bahawa kementerian berkenaan telah membenarkan rayuan yayasan tersebut terhadap keputusan LHDN yang tidak mengiktiraf pengecualian cukai dan keputusan mengenakan penalti terhadap yayasan itu.
Muhyiddin juga mendakwa ternampak surat tersebut semasa disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Oleh itu, saya dibenarkan membuat inferens (anggapan) dan kesimpulan bahawa pengecualian cukai telah dibatalkan, jika tidak rayuan tidak perlu dibuat atau kelulusan diberikan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2021," dakwanya.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata Yayasan Albukhary sebelum ini telah diberi kelulusan pengecualian cukai oleh kerajaan terdahulu yang diterajui Barisan Nasional (BN), di bawah Seksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
"Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, plaintif (Lim) telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dari 21 Mei 2018 hingga 24 Feb 2020. Sebagai Menteri Kewangan, LHDN adalah di bawah bidang kuasa beliau (Lim) dan pengecualian cukai tidak diiktiraf oleh LHDN semasa plaintif memegang jawatan tersebut," dakwanya.
Menurut Muhyiddin, semasa menjadi Perdana Menteri, beliau (Muhyiddin) telah menerima surat daripada Syed Mokhtar kepada Pejabat Perdana Menteri.
"Surat tersebut merayu terhadap keputusan LHDN yang tidak mengiktiraf pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary yang diberikan kerajaan terdahulu yang diterajui BN serta keputusan untuk mengenakan penalti terhadap yayasan tersebut.
"Saya yang bukan Menteri Kewangan dan menteri yang bertanggungjawab terhadap LHDN, telah merujuk perkara itu dengan Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk pertimbangan dan beliau telah membenarkan rayuan tersebut," dakwanya.
Pada 27 Mac lepas, Lim memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa telah mengeluarkan tiga kenyataan memfitnah membabitkan plaintif dengan isu pembatalan pengecualian cukai ke atas yayasan itu pada 9, 11 dan 12 Mac lepas di laman Facebook milik defendan.
Laporan berhubung perkara itu kemudiannya diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita pada hari sama.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mendakwa kenyataan fitnah tersebut juga bermaksud beliau telah menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN untuk mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan itu, apabila ia tidak patut dikenakan cukai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023
Muhyiddin juga mendakwa ternampak surat tersebut semasa disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.