KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berusaha untuk memasukkan kos atau yuran latihan sukan dalam senarai pelepasan cukai bagi gaya hidup menerusi Belanjawan 2024, kata Menterinya Hannah Yeoh.
Beliau berkata kementeriannya kini sedang membuat permohonan itu kepada Kementerian Kewangan bagi membolehkan individu yang mengeluarkan kos atau yuran latihan sukan diberikan pelepasan cukai.
Hannah berkata berdasarkan pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997, hanya pembelian alatan sukan diberi pelepasan cukai.
"Sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan masih berjalan dan tahun ini kita fokus memohon untuk memberi pelepasan cukai kepada ibu bapa atau individu yang berbelanja untuk latihan sukan. Objektifnya adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat antara rakyat Malaysia.
"Kanak-kanak didorong pada usia muda untuk mengikuti latihan sukan. Ini juga akan membantu atlet kita mempunyai pekerjaan jika ramai menggunakan khidmat latihan sukan. Kita mahu melalui kaedah ini, industri sukan boleh membangun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Industri Sukan Sabah (EISS) 2023 di sini hari ini.
Majlis yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfred Angin itu juga menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman dalam bidang peralatan dan fasiliti sukan.
EISS adalah program julung kali diadakan di Sabah bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan dan sumbangan pelbagai segmen industri sukan termasuk pelancongan sukan, kemudahan sukan, peruncitan sukan, perubatan sukan, pengurusan acara sukan dan pendidikan sukan.
Program anjuran KBS menerusi Sektretariat Industri Sukan itu berlangsung selama dua hari mulai hari ini, melibatkan penyertaan 40 pemain industri sukan dari Semenanjung dan Sabah.
Terdahulu, Hannah dalam ucapannya berkata Sabah terkenal dengan destinasi sukan menarik seperti selam skuba, pendakian gunung, golf dan aktiviti semula jadi lain.
Sebagai dorongan pertumbuhan industri sukan di negeri itu, beliau berkata kementeriannya telah meluluskan sebanyak RM774,000 daripada permohonan Geran Padanan Sukan kepada syarikat dan pertubuhan sukan di Sabah.
"Saya akan memastikan kerjasama berterusan antara KBS dengan KBS Sabah dalam pelbagai isu berkaitan pembangunan belia dan sukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023

Hannah berkata berdasarkan pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997, hanya pembelian alatan sukan diberi pelepasan cukai. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.