IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluluskan permohonan untuk menambah baik dan menarik taraf trek balapan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, di sini yang merupakan lokasi latihan atlet muda olahraga negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menggilap bakatnya.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Khairul Shahril Mohamed berkata berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi panggilan telefon pada Rabu.
"Kita sudah lama mohon naik taraf trek tersebut. Menteri (Ahmad Faizal) maklumkan permohonan tersebut telah diluluskan. Ini penting bagi memudahkan atlet negara terus berlatih bersama jurulatih di situ.
"Kita sediakan kemudahan ini sebagai penanda aras dan kita tidak mahu dilihat menjadi kekangan (untuk beliau terus berjaya)," katanya ketika ditemui dalam satu majlis di sini semalam.
Pada Rabu, Ahmad Faizal memaklumkan pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf trek balapan di sekolah kluster sukan itu bagi melahirkan lebih ramai atlet berbakat dan berpotensi besar dalam sukan olahraga.
Dalam pada itu, Khairul Shahril berkata komitmen diterima Muhammad Azeem daripada Majlis Sukan Negara (MSN) seperti pembayaran elaun perlu diteruskan sekiranya atlet berkenaan memasang cita-cita untuk berlatih atau belajar di luar negara kelak.
"Saya sudah minta MSN untuk memperhalusi beberapa komitmen yang perlu kita laksanakan. Kalau dia kena berlatih atau belajar di luar negara, komitmen MSN dengannya perlu diteruskan. Kalau ada pertambahan, perlu dipertimbangkan kerana kita ingin beliau bersama dengan Kontinjen Perak.
"Pendapat saya eloklah Muhammad Azeem belajar di luar negara seperti di Amerika Syarikat kerana mempunyai kepakaran dalam bidang sains sukan dari konteks olahraga yang dilihat lebih baik di sana," katanya.
Muhammad Azeem, 18, mencipta sejarah dan kejutan apabila meraih tempat kelima di acara akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada Rabu selain memecahkan rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 10.09 saat dalam pusingan awal acara itu di kejohanan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Khairul Shahril (kiri) melancarkan Program Pertubuhan Usahawan Teknologi, Inovasi dan Kreativiti Kinta Perak (PUTIK), SIL dan Aplikasi Stopover di Ipoh, semalam. Turut sama, Pengerusi PUTIK Norali Nordin. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tunggakan gaji pemain Perak FC dijangka selesai dalam 10 hari
Tunggakan gaji para pemain pasukan Perak FC kini mencecah tiga bulan dan ia sampai ke pengetahuan PFAM.

Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU
Sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan.