PUTRAJAYA: Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021 dijangka diserikan kembali dengan kehadiran penonton ke stadium apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini dalam usaha mendapatkan kelulusan kerajaan.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan permohonan kehadiran penyokong ke stadium akan dibuat selepas dua bulan saingan Liga-M yang menggunakan model gelembung sukan, berjalan dengan lancar.
Beliau berkata KBS memerlukan masa untuk memberi gambaran dan keyakinan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bahawa keputusan membenarkan penyokong ke stadium tidak menjejaskan gelembung sukan yang dikhususkan kepada pemain serta pegawai pasukan.
"Saya jangkakan dalam sebulan dua untuk bawakan perkara ini kepada MKN untuk dipertimbangkan kerana ia juga bergantung sepenuhnya kepada pengumuman MKN mengenai situasi terkini serta perkembangan semasa pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
"Tetapi saya memberi jaminan dalam tempoh sebulan dua itu ia akan dibawa ke MKN bagi mendapatkan kelulusan untuk membolehkan sukan bola sepak dihadiri penonton dengan SOP yang ketat," katanya pada sidang media majlis pelancaran Liga-M 2021 di sini, pada Isnin.
Beliau menjelaskan usaha membenarkan kehadiran penonton ke stadium dengan jumlah yang terbatas tanpa mendatangkan sebarang ancaman kepada model gelembung sukan antara matlamat utama KBS dalam merancakkan semula industri sukan negara.
Sementara itu, pemain serta pegawai pasukan Liga-M bersama barisan atlet negara yang tidak terlibat ke Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo, dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 selepas fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Beliau menjelaskan dalam konteks sukan, keutamaan kini diberikan kepada 264 atlet dan pegawai dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik yang bakal menerima suntikan vaksin bermula April ini.
"Saya sendiri pun tidak mengambil vaksin pada peringkat awal sebaliknya akan ambil bersama atlet pada April, sebab kita nak dengan bekalan yang terbatas ini keutamaan diberikan kepada mereka yang telah disenaraikan sebagai yang paling utama atau barisan hadapan," katanya.
Sebanyak 264 atlet serta pegawai itu adalah kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai KBS untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021
![KBS di landasan tepat benar kehadiran penonton ke stadium KBS di landasan tepat benar kehadiran penonton ke stadium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41592928519_DATUKSERIREEZALME.jpg)
Reezal Merican memberi jaminan permohonan kehadiran penyokong ke stadium akan dibuat selepas dua bulan saingan Liga-M yang menggunakan model gelembung sukan, berjalan dengan lancar. - Bernama
![Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu - MoF Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722313090_Perbendaharaan.jpg)
Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam adalah palsu - MoF
Kementerian Kewangan menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.
Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT
Kos penyelenggaraan lapangan terbang di seluruh negara di bawah kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka meningkat 34 peratus pada 2024.
Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Seorang pemandu lori kontena maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (km) 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Rawang, awal pagi, pada Selasa.
Polis rakam keterangan waris budak pandu kereta
Polis merakamkan percakapan waris kanak-kanak yang memandu kereta di Taman Putra Impiana, Puchong. Siasatan lanjut diteruskan.
![Apple iCloud Private Relay kembali pulih Apple iCloud Private Relay kembali pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722311890_AppleiCloudPrivate.jpg)
Apple iCloud Private Relay kembali pulih
Menurut laman System Status oleh Apple, perkhidmatan geganti peribadi iCloud telah kembali pulih pada 28 Julai sebelum 11 pagi.
[TERKINI] Kandungan WhatsApp palsu gaji penjawat awam – JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengesahkan kandungan Whatsapp yang sedang tular mengenai kenaikan gaji didakwa daripada Kementerian Kewangan bertarikh 25 Julai 2024 adalah palsu.
![Amal sasar tingkat dua kali ganda jumlah jemaah dalam masa lima tahun Amal sasar tingkat dua kali ganda jumlah jemaah dalam masa lima tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722311151_AMALMalaysiaAirlin.jpg)
Amal sasar tingkat dua kali ganda jumlah jemaah dalam masa lima tahun
Angka yang menjadi sasaran Amal ialah 40,000 jemaah umrah berbanding 20,000 penumpang setiap bulan ketika ini.
Pantau Belanjawan: PMKS: Atasi cabaran masa kini, teroka peluang masa depan
Aktiviti berkaitan pelancongan yang semakin rancak memberi kesan positif kepada pertumbuhan PMKS, yang mana majoriti PMKS tertumpu dalam sektor Perkhidmatan, terutamanya perdagangan borong & runcit, makanan & minuman, penginapan dan pengangkutan. Penting untuk mengenal pasti cabaran utama dan peluang untuk PMKS ke hadapan. Kupasan lanjut bersama Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng.
![Sentimen pulih, ringgit terus meningkat pada sesi awal Sentimen pulih, ringgit terus meningkat pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Sentimen pulih, ringgit terus meningkat pada sesi awal
Pada 8 pagi, ringgit di paras 4.6330/6400 daripada paras 4.6350/6375 pada akhir urus niaga semalam.
![Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722310672_kemalanganmaut.jpg)
Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori kontena, treler dan Proton Persona di KM 441.2 PLUS di Rawang, awal pagi ini.
![Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691928825_DatukSeriReezal.jpg)
Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.
!['Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel' 'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710466445_ReezalMericanNaina.jpg)
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
![Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699394020_ReezalKADIN.jpg)
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
![Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698552408_QPRStadium.jpg)
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
![Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691928825_DatukSeriReezal.jpg)
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.
![PRN: Berbekal pengalaman menteri, Reezal Merican yakin dapat bawa pembangunan PRN: Berbekal pengalaman menteri, Reezal Merican yakin dapat bawa pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668012394_ReezalMerican.jpg)
PRN: Berbekal pengalaman menteri, Reezal Merican yakin dapat bawa pembangunan
Reezal Merican berkata KBYC bernilai RM45 juta di DUN Bertam merupakan hasil usahanya yang berhasrat untuk melihat kewujudan sebuah pusat sehenti aktiviti belia di sini.
![DUN Bertam: Reezal Merican hadapi pertembungan satu lawan satu dengan calon Bersatu DUN Bertam: Reezal Merican hadapi pertembungan satu lawan satu dengan calon Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690606916_DatukSeriReezalMa.jpg)
DUN Bertam: Reezal Merican hadapi pertembungan satu lawan satu dengan calon Bersatu
Borang pencalonan pertama dikemukakan Khaliq Mehtab pada 9.07 pagi, diikuti Reezal Merican pada pukul 9.13 pagi.
![PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688379738_DatukSeriReezalMe.jpg)
PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican
Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi.
![PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95 peratus selesai PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95 peratus selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666691230_Bendera.jpg)
PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95 peratus selesai
Chang Lih Kang berkata proses rundingan setakat ini berjalan baik dan beliau yakin gandingan PH-BN pada PRN ini akan tampil lebih teratur.
![Reezal Merican tawar diri rebut kerusi Naib Presiden UMNO Reezal Merican tawar diri rebut kerusi Naib Presiden UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656255052_TBreezal.jpg)
Reezal Merican tawar diri rebut kerusi Naib Presiden UMNO
Reezal Merican berkata, keputusan diambil bagi menegakkan tiga visi utama iaitu khidmat, keutamaan dan kesetiaan kepada parti tersebut.