Kementerian Kewangan menerusi akaun media sosialnya menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.
"Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dan sahih," katanya.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini.
-- BERNAMA