KEPALA BATAS: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berdepan persaingan sengit satu lawan satu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam apabila berdepan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, daripada Perikatan Nasional (PN), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang ini.
Pencalonan Reezal Merican yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Khaliq Mehtab (Bersatu), diumum oleh Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isma Wirda Yusof di Pusat Penamaan Calon DUN Bertam, Penaga dan Pinang Tunggal di Dewan Millenium Kepala Batas hari ini.
Isma Wirda berkata borang pencalonan pertama dikemukakan Khaliq Mehtab pada 9.07 pagi, diikuti Reezal Merican yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada pukul 9.13 pagi.
Reezal Merican, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas menyifatkan perebutan kerusi DUN Bertam itu sebagai usaha untuk menebus maruah setelah kalah pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Kepala Batas sekali gus mengembalikan kebangkitan BN.
Beliau berkata ia merupakan medan penting BN untuk mendapatkan kembali menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas 15 tahun.
"PRN ini kita lihat kerajaan negeri yang bakal ditubuh. Wajar kita (BN) jadi rakan kongsi bermaruah dan kuat dalam kerajaan negeri. Insya-Allah DUN Bertam kita akan kembalikan ke pangkuan BN," katanya selepas proses penamaan calon di Dewan Millenium Kepala Batas hari ini.
Mengakui cabaran besar berdepan figura politik tanah air besar, Khaliq Mehtab, yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya lepas sebelum kerusi itu diarah dikosongkan berikutan keputusan mahkamah pada awal 2023, berkata beliau yakin perkhidmatannya sebagai ADUN Bertam selama satu penggal akan membantu meraih undi.
"Lawan saya bukan calang-calang orang. Seorang bekas menteri, bekas Ahli Parlimen tetapi saya ambil ini sebagai satu cabaran kepada PN untuk bekerja lebih kuat," katanya.
Pada PRU14, Khaliq Mehtab daripada PH ketika itu menang dengan undi majoriti 219 selepas memperoleh 6,485 undi, menewaskan Shariful Azhar Othman (BN) yang mendapat 6,268 undi dan Mokhtar Ramli (PAS) dengan 2,986 undi.
Bagaimanapun, Khaliq Mehtab telah menarik sokongan terhadap pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) pada 24 Feb 2020 dan menyatakan pendirian untuk bersama Bersatu serta menyokong kepimpinan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, penyandang kerusi DUN Penaga, Mohd Yusni Mat Piah daripada PAS akan berdepan dengan Mohd Naim Salleh daripada UMNO bagi mempertahankan kerusi berkenaan manakala DUN Pinang Tunggal menyaksikan perebutan antara Zainuddin Mohd daripada PKR dan Bukhori Ghazali daripada PAS.
Pada PRU14, Mohd Yusni menang di DUN Penaga dengan memperoleh 8,350 undi, menewaskan calon BN Mohd Zain Ahmad manakala di DUN Pinang Tunggal pula menjadi milik Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, selepas menang tipis dengan 127 undi majoriti, mengalahkan Datuk Roslan Saidin (BN) dan Bukhori (PAS).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Reezal Merican (kiri) dan Khaliq Mehtab menunjukkan nombor susunan bagi kertas undi sempena proses penamaan calon bagi PRN Pulau Pinang di Pusat Penamaan Calon Dewan Millenium, Kepala Batas, hari ini. --fotoBERNAMA
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Wakil rakyat menang PRN henti politik, jalankan kerja - Mufti Pulau Pinang
Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat.
Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam, memulakan tugas secara rasmi hari ini.
PRN: 'Jangan buat spekulasi' - Guan Eng
Lim Guan Eng meminta semua pihak termasuk media tidak membuat spekulasi mengenai ketidakhadirannya di pusat penjumlahan undi Pakatan Harapan- Barisan Nasional (PH-BN) pada malam Sabtu.
PRN: Pas luaskan penguasaan di Pulau Pinang
Pas berjaya meluaskan penguasaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang apabila menang di tujuh daripada 10 kerusi ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN).
PRN: Gabungan PH-BN bentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang selepas menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15)
PRN: Calon Bebas, M Satees buat laporan polis dakwa terima ugutan
M Satees membuat laporan polis mendakwa menerima ugutan daripada calon sebuah parti politik yang bertanding di kerusi sama serta beberapa individu lain.
PRN: Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan
Calon PN Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kesal dengan tindakan pihak lawan yang didakwa mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai.
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
PRN: Peti tidak diikat, pengundian di sebuah pusat mengundi dihenti di Paya Terubong?
Pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Relau Jalan Paya Terubong di sini kecoh apabila didapati sebuah peti undi di saluran 15 tidak diikat (seal).
PRN: Tiada cuti khas jika PH-BN menang di Pulau Pinang
Pulau Pinang tidak bercadang untuk memberi cuti khas sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya negeri ke-15 (PRN15) ini.