KEPALA BATAS: Pas berjaya meluaskan penguasaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang apabila menang di tujuh daripada 10 kerusi ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN).
Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, selain dapat mengekalkan DUN Penaga, parti itu menang di Pinang Tunggal, Permatang Berangan, Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Pulau Betong.
Menurutnya, pertaruhan Pas meletakkan Ketua Pesuruhjaya negeri, Muhammad Fauzi Yusoff di DUN Sungai Dua juga menjadi apabila menang menewaskan Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Shaikh Hussein Mydin.
"Walaupun tidak mampu mengambil alih kerajaan negeri, keputusan ini sudah cukup mengembirakan kerana inilah permulaan menandakan kita telah mencuba.
"Inilah dinamakan gelombang rakyat yang memberi isyarat jelas akan penolakan kepimpinan dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Sinar Harian.
Tiga calon Pas yang tewas merupakan Ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas bertanding di DUN Sungai Puyu, Bagan Dalam dan Jawi.
Mohd Yusni yang menang di DUN Penaga berkata, peningkatan kerusi dan undi itu sudah dijangka berdasarkan pencapaian cemerlang Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum lalu.
Katanya, penambahan kerusi itu juga seakan menebus kekecewaan PN berikutan pengisytiharan kekosongan empat kerusi diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu iaitu Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh); Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Khaliq Mehtab Mohd Isyaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).
"Walaupun ada yang tidak menang, tidak mengapa kerana dari sudut nisbah undi diberi kepada PN telah meningkat. Kali ini kita tampil lebih banyak kerusi," katanya.
Berdasarkan keputusan PRN diumum pada Sabtu, PN menang 11 daripada keseluruhan 40 kerusi DUN Pulau Pinang dengan tujuh diwakili Pas dan Bersatu (empat).
Bersatu menang di DUN Telok Ayer Tawar, Seberang Jaya, Penanti dan Telok Bahang.
Gabungan PH-BN pula memenangi 29 kerusi dengan dua daripadanya menerusi calon BN. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 13 2023

Dari kiri: Mohd Yusni, calon Barisan Nasional bagi DUN Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan calon PN DUN Pinang Tunggal, Bukhori Ghazali meraikan kemenangan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Millenium pada Sabtu. - Bernama

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.